Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Thursday, December 24, 2009

::Biasa ada nilainya::




Suara hati ku berbicara, walau biasa sahaja, tetap ada nilainya...^^,)v

Mungkin dari sudut pandangan sesetengah orang, mereka beranggapan perkara biasa itu cuma biasa-biasa saja.

Yang dipandang cuma yang diluar kebiasaan kita...

Contohnya, kita merasa rendah diri atas kekurangan yang ada dalam diri sehinggakan kelebihan yang dimiliki tengelam oleh kekurangan itu.

Hanya disebabkan “biasa” dan “kurang” menyebabkan kita lupa pada kelebihan diri..Astagfirullah...

Persoalannya, wajarkan sikap itu “hidup” dalam diri kita? Bayangkan andai semua orang bersikap sedemikian. Apa yang akan jadi pada kita??

Justeru kita perlu yakin dan sedar, bahawa Allah Maha Bijaksana. Tiap-tiap suatu kejadian pasti ada manfaat dan hikmahnya.

Bersyukurlah pada “kebiasaan” dan “kekurangan” yang ada pada diri kita sendiri. Anggaplah “biasa” dan “kurang” itu sebagai perkara yang orang lain tidak miliki dan hanya orang yang bertuah sahaja dapat memperoleh “biasa” dan “kurang” tersebut.

Oleh yang demikian, andai perkara itu hanya perkara biasa, terimalah ia dengan seadanya dan bersyukurlah akan apa yang kita miliki.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??

p/s: Suara hati berbicara lagi..
Pastinya penulisan saya ini hanya biasa-biasa sahaja. Namun biasa pasti ada nilainya!

Wednesday, December 23, 2009

::Bermulanya disini::






Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.Syukur pada Ilahi kerana dengan izinNya, blog ini dapat saya siapkan. Sudah agak lama saya bercadang untuk membuat blog saya sendiri. Alhamdulillah dapat juga saya tunaikan apa yang saya rancang. Kita merancang, Allah tentukan, namun sebaik-baik perancang hanyalah Allah.Dan mungkin juga kerana azam untuk tahun baru ini, 1431 H, saya mahu kurangkan aktiviti berfacebook dan berfriendster. Dengan adanya blog ini, azam saya dapat dikecapi, insyaAllah.
::Manfaat::
Secara jujurnya,sebelum ini saya tidak tahu apa-apa yang berkaitan dengan blog. Sehinggalah suatu hari saya terbaca blog seorang rakan, yang mana isi kandungan blog tersebut membuat saya tertarik-tarik untuk membaca blog yang seterusnya. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat saya manfaatkan setelah membaca blog yang berunsur islamik . Dan semakin hari semakin kuat hati ini untuk membuat blog sendiri agar ada ruang saya untuk berkongsi dan memberi pendapat dalam banyak perkara yang tercetus dari minda, insyaAllah. Apa yang baik semuanya dari Allah, dan pastinya yang buruk dari saya sendiri. Saya berharap komen-komen dari rakan-rakan dapat membantu saya untuk meningkatkan lagi dan memperbaiki usaha saya dalam penulisan blog ini. Salam ukhuwah dari saya.
HambaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...