Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Thursday, January 26, 2012

.:: Wanita Itu::.

Suatu ketika dulu,
Wanita itu pernah dipuja oleh ramai jejaka,
Wanita itu diminati oleh ramai pemuda,
Wanita itu selalu menjadi siulan kebanyakan remaja..

Dengan jelingan manja,
Dengan lenggok tubuh yang menggoda,
Dengan wajah yang cantik jelita,
Wanita itu mendapat perhatian semua mata yang menatapnya..
Tapi itu dulu..


Takala HidayahNya hadir menyapa hati dia,
Wanita itu malu dengan dirinya yang dulu,
Kerana menjadi santapan mata-mata lelaki yang bukan selayaknya.
Auratnya didedah, tanpa memikirkan tentang dosa atau pahala.
Tapi itu  kisah yang dulu..

Wanita itu, kini lengkap menutup auratnya,
Tiada lagi jelingan manja, pabila berjalan, wajah ditundukkan, matanya terjaga..
Tiada lagi lenggok tubuh yang menggoda, kaki melangkah dengan langkah yang sederhana..
Tiada lagi wajah yang cantik jelita cuma, malah bertambah sopan dengan jilbab menutupi mahkota, Semuanya terpelihara...

Wanita itu, tidak lagi diminati oleh ramai pemuda,
Wanita itu, tidak lagi menjadi siulan para remaja,
Wanita itu, tidak lagi menjadi pujaan kebanyakan jejaka,
Tapi wanita itu, dihormati oleh mereka.

Wanita itu, wanita solehah..
Bidadari syurga cemburu padanya..
Kerana menjadi dambaan Lelaki yang soleh,
Di Dunia dan Akhirat Sana..

Credit to him




Wednesday, January 25, 2012

.:: Di situ mungkin tempat ku ::.

Berusaha, mencari sinar Ilahi yang menerangi kegelapan diri..!_!
Picture by him


Alhamdulilah...

Syukur rasanya..

Si WardahBiru ini bakal melangkah ke alam pekerjaan..^^

Tapi dalam hati sebenarnya...jauh di lubuk hati, jauh di dasar hati...

Hati ini masih ingin BELAJAR...~_~"

Belajar..menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi..

Tapi..ini Jalan yang DIRI sendiri sudah pilih...

Kerja dahulu, PJJ pun boleh...^ ^
 
Lagipun..dalam bekerja, insyaAllah pasti banyak yang boleh dipelajari..
Walaupun bukan lagi berstatus pelajar mahasiswi di IPT..

Tapi diri ini tetap pelajar yang belajar di Institut Pengajian Duniawi (IPD)...

Mampukah diri?

Moga diberi kekuatan..

Dalam menempuh perjalanan yang masih berbaki ini..

Baki-baki yang tidak diketahui bila saatnya akan terhenti.
 
Doakan..
Titik!
 
 


Thursday, January 19, 2012

.:: Hanya Alasan ::.

"Andai ada peluang.."
"Andai ada ruang...."
"Andai ada jalan...."  
Semuanya Hanya alasan...

"Sentiasa ada peluang.."
"Sentiasa ada ruang..."
"Sentiasa ada jalan..."
 Semua itu Terpulang..

*Manusia tidak pernah merancang kegagalan...
tapi selalunya gagal untuk merancang..
*Manusia selalu mencipta seribu alasan..

hanya untuk satu kemalasan..


picture by him












.:: Bicara yang Bisu ::.

picture by him
Tiada kata yang dapat mentafsir makna di sebalik yang tersembunyi..^^

Sunday, January 15, 2012

.:: Persimpangan Jalan ::.



Di Persimpangan Jalan ini,
Picture by him
Aku terhenti seketika,
Melihat pada dua jalan yang berbeza,
Yang hujungnya tidak dapat ku duga.

Lama aku terdiam di sini,
Tidak berganjak walau sekali,
Berfikir mencari erti,
Disebalik makna tersembunyi.

Akhirnya,
Aku memulakan langkah yang pertama,
Menuju ke arah itu,
Setelah berfikir sekian lama.

Aku berdoa pada Ilahi,
Agar jalan yang ku pilih nanti,
Hujungnya adalah bahagia yang dicari,
Bukan pula suatu jalan yang mati.


*Saat ini, saya harus memilih antara 2 pilihan..!_!
*Tiba-tiba idea ini datang..
*Suka, alhamdulillah..
*Tidak suka, maafkan saya
* Dan tika ini, teringat Poem masa form 3 dulu..^^


The Road Not Taken
  
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Robert Frost
 

Friday, January 13, 2012

.:: Hujan ::.





Hujan Berbicara lagi..
Kali ini bicara rindu..
Rindu pada Sang Awan lalu..
Bertanya kenapa ia "dijatuhkan" begitu..
Rupanya atas arahan Tuhan Yang Satu..
Maka Awan pun menangis pilu..
Rindu.
Saat ini, bicara hujan semakin sayu.
Aku di sini sedang melihat dua sahabat berbicara .
Biarpun ada rasa cinta,
Biarpun wujud sayang antara mereka,
"Berpisah" atas arahan,
Mereka merelakan..
Kerana nanti pelangi bahagia akan muncul juga..
....................


p/s:Saat ini hujan di tempat saya,
tiba-tiba muncul idea ini..
suka alhamdulillah.
tidak suka, maaf kan saya..


.:: Cinta Ini ::.

picture from here

dia mengaku Cinta,
tapi semuanya hanya dusta semata-mata..
dia yang Dicinta,
tapi dibalas dengan cinta yang pura-pura..
dia yang Dirindu..
tapi rindu itu hanya dibiarkan tanpa dijaga.
siapa 'dia' sebenarnya?
.......................
aku malu dengan diriku,
kerana 'dia' yang ku sebut adalah Aku.
sebab Cinta Agung itu,
sebab Cinta Terpuji itu,
sebab Rindu yang Hebat itu,
aku jadi semakin malu.
dengan diriku..
aku malu..
aku malu..
...........................

                                            p/s:luahan rasa ini hadir setelah saya
berkunjung ke blog ini yang mana
salah satu entry blog berkenaan
mengundang rasa malu 
dalam diri..!_!
malu pada Dia yang Dirindu..!_!

Wednesday, January 11, 2012

.:: Ciptakan Bahagia ::.

Mencari Segenggam Kekuatan...
Saat diri lemah tidak tertahankan..
Dari semua arah,Dari setiap sudut..
Namun yang ku dapat hanyalah lelah.
Yang ku rasa cuma penat semata-mata..

Aku terus usahakan mencari..
Segenggam kekuatan diri..
Walau hati berbalut duka..
Aku yakin ada hikmahnya..

Di sini tidak ku temui..Di sana belum pasti..
Tapi aku yakin satu...
Aku bergerak ke arah impian itu..
Segenggam kekuatan harus aku ciptakan..
Tidak perlu aku tunggu..
Kerana Impian ini bukan mimpi..
Tetapi sesuatu yang perlu aku REALITIKAN..
Aku teruskaan.
Titik!

......................
Suara Hati Berbicara lagi

Tuesday, January 10, 2012

.:: Siapakah Kita ::.

 Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbilah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong..

Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.-( Al-Baqarah:21)

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.-( Al-Baqarah:206)


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.-(Surah Al-Baqarah:7)
Orang-orang yang telah Kami beri kitab, maka mereka membacanya sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Dan barang siapa ingkar kepadanya, mereka itulah orang-orang yang rugi. -(Surah Al-Baqarah:121)


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmataan dunia yang sementara ini.

Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. -(Surah Al-Baqarah:243)


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa berusaha untuk menambah harta kekayaan di dunia.

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)



 Siapakah kita?
Tepuk dada,
Tanya Iman.
...................................................................................................

Sunday, January 8, 2012

.::Indahnya Ciptaan Ilahi::.

Hari ini, jalan-jalan bersama seorang ukhti tersayang..
Alhamdulillah, walaupun kami baru berkenalan 6 bulan yang lalu,
Namun Ukhuwah antara kami erat terjalin mesra..
Dan betapa indahnya sebuah Ukhuwah hanya Kerana Allah Taala..

Sebenarnya lebih tepat lagi, kali ini kami bertadabur alam..
Melihat, Memandang, Berfikir tentang ciptaan Ilahi...
Nyata amat  puas rasa dihati..
Moga Perjalanan kami ini diberkati..


awan biru, rumput menghijau..

indahnya langit itu

senja

tenang-tenang air di laut...    

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 189-191.
Maksudnya:

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.3:189

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;3:190

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.3:191


Hari ini dalam kenangan..

.:: ikan Bakar Best! ::.

Gambar sekadar hiasan semata-mata
EHH...tajuk ja "ikan Bakar"...tapi bukan mahu jual ikan BAKAR pun di blog ni..hehehe
Okey...sebenarnya tadi baru saja tonton Cerekarama "ikan Bakar" di TV 3...
Best juga Cerita nie, walau tengok babak-babak akhir...hihihi..lebih tepat, tonton cerita nie jam 11.30 p.m..jujur saja la...(^_^)"
Tapi saya bukan ingin ceritakan semula Drama nie..tengok sendiri nanti ya...:)
Cuma mahu kongsikan pengajaran dari kalamNya lewat Surah Asy-Syura..

                                  

                                                                                                 
 Maksudnya:
 Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu ) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu).

 Some people says.."What you give, you get back!"
Me says.."If you want to know your Revenue, you must see Your Expenditure"...hihi...dah masuk bab perakaun pula dah...tapi insyaAllah ada kaitan...fikirkan. (~_^)v

Saturday, January 7, 2012

.:: Maaf ::.

 
Salahku jika kau berkecil hati...
Tapi kau sedang begitukah?
Atau aku yang tersilap mentafsir..
Tentang diamnya dirimu saat ini..

Andai saja kau terkecil hati...
Dan aku adalah penyebabnya...
Hanya kata 'Maaf' saja dapat aku tuturkan...
Maafkan aku...
 
Maaf, tanpa sengaja aku telah membuatmu berkecil hati dengan sikapku...
Maaf, kerana diriku tidak dapat memberimu keselesaan yang kau mahu...
Mungkin...
Tapi betulkah begitu?
 
Harusnya aku berbaik sangka..
Diamnya dirimu pasti ada sebabnya...
Baik sangka...
Baik sangka...
Kerana aku bukan manusia sempurna...
Dan kau juga sama..

Sunday, January 1, 2012

.:: 1.1. 2012 Hari Ungu! ::.


Kenapa saya cakap hari ini hari Ungu??
...........................................................
  1. Kerana, masa jalan ke bandar hari ini dengan kawan, ramai sangat pakai baju warna Ungu..(ingatkan saya dengan dia saja yang matching colour)..(^_~)v
  2. Kerana, kebetulan tadi saya beli sesuatu juga berwarna Ungu...
  3. Kerana, Hari ini ialah hari Ungu bagi saya..sebab saya suka warna ini!..(^_~)v..hehehe
Sejak bila saya suka Ungu??
............................................
  1. Sejak saya mula mengenal apa itu warna Ungu yang sebenar...
  2. Sejak saya perasan, banyak barang-barang serta baju saya berwarna Ungu...
  3. Sejak itulah saya suka Ungu....(^_~)v...
 Walaupun begitu, saya tetap tidak akan menukar nama pena "Wardah Biru" kepada "Wardah Ungu"..sebab saya rasa sudah sebati dengan nama pena ini...lagipun, Biru tetap dihati, Ungu tetapi dijiwai...

Maksud warna Biru dan Ungu??
..............................................


Warna Biru melambangkan kejujuran dan kemuliaan, selain melambangkan emosi dan perasaan seorang lelaki.Biru Muda pula dikaitkan dengan perasaan kasih sayang serta melambangkan kelembutan hati seorang wanita.

Warna Ungu pula melambangkan sifat kewanitaan dan keibuan serta warna yang menenangkan jiwa..juga dianggap warna yang romantik...(^_^).



p/s: Entry ini saya taip tidak ada kena-mengena dengan sesiapa sama ada yang suka ataupun tidak..
      Maksud setiap warna tidak semestinya betul..tapi bagi saya macam itulah...:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...