Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Sunday, July 22, 2012

...Sedikit Soal Jawab Puasa..


Alhamdulillah, insyaAllah esok sudah masuk Ramadhan yang ke 3.

Teringat sewaktu Ramadhan yang pertama, seorang rakan sekerja yang bukan beragama Islam bertanya pada saya, "Siti, kamu tidak laparkah kalau berpuasa? Tidak makan satu hari, kalau saya memang lapar.."Saya tersenyum pada dia, lalu berkata, " Pagi tadi saya sudah makan( bersahur), memang lapar  dan dahaga itu akan terasa, tapi saya harus tahan...lagipun petang nanti baru saya boleh makan (berbuka)"

Puasa, selain menahan diri dari lapar dan dahaga, wajib menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti muntah dengan sengaja, suami/isteri yang bersetubuh disiang hari, murtad dan yang paling utama adalah menahan hawa nafsu.

Dia bertanya lagi.."Bagaimana pula kalau seseorang itu mempunyai gastrik, nanti dia bertambah sakit pula..?" Saya tersenyum seketika sambil berkata, "Kalau dia tidak mampu menahan sakitnya, harus berbuka, tapi wajib pula menggantikan semula puasa yang ditinggalkan.".. 

Tiba-tiba saya bertanya pada dia, ''Kamu tahukah, bagi wanita yang haid pada bulan puasa(Ramdahan) tidak boleh berpuasa.?". Dia terkejut lalu berkata "Tidak tahu, tapi kenapa pula?. Lantas saya menjawab pertanyaan dia. "Berpuasa perlu diri yang suci, ketika wanita haid, dia berada dalam keadaan yang tidak suci, bagi agama kami. Tapi wanita itu wajib mengganti semula puasa yang ditinggalkan."Saya nampak dia mengangguk tanda memahami. Harapan saya, dia faham apa yang ingin saya sampaikan. Bahasa yang saya gunakan mudah saja, agar dia lebih faham dengan jelas setiap persoalan yang diajukan.


Puasa wajib ditinggalkan bagi orang yang didatangi haid dan nifas berdasarkan dalil yang jelas seperti hadis Abu Sa'id Al-Khudri yang menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada wanita yang bertanya mengenai maksud kurangnya agama mereka, Sabda Nabi SAW, maksudnya : "Bukankah wanita itu bila haid dia tidak solat dan puasa?" Mereka menjawab, "Ya." Rasulullah SAW bersabda, "Maka itulah dari kekurangan agamanya." (Riwayat Imam Al-Bukhari)
..........................................................................................
Moga, Ramadhan kali ini, memberi sejuta Makna kepada diri saya serta keluarga dan seluruh umat Islam khasnya.

Saya tinggalkan anda dengan serangkap lagu nasyid..

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih Makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..."

Monday, July 2, 2012

.: Catatan: Mati :.


Aku yang akan mati,
Sama ada saat ini nyawa diambil kembali, 
atau esok hari.
Yang pasti, aku akan pergi.

Jauh di sudut hati, 
Rasa sedih menyelubungi diri, 
Apakah amalan sudah cukup menampung perjalanan, 
sebelum sampai ke suatu destinasi?

Belum ku puas menabur bakti, 
Belum ku habis membalas budi, 
Yang pasti, bila- bila aku akan pergi.
Meninggalkan kamu di sini.

Namun, 
Pasti akan ada bakti yang tidak terlunas, 
Pasti akan ada budi yang tidak berbalas.
Maafkanlah kekurangan diri, 
Hanya setakat itu diri berbakti, membalas budi.


Aku yang akan mati,
Cuma ingin berkongsi,
Dengan kamu yang masih tinggal ini.
Kematian itu terlalu hampir, hingga mata kabur tentangnya.
......................................

Bila-bila.
Di mana-mana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...