Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Friday, September 30, 2011

.:: Cinta Allah Itu Indah! ::.

Kaki ini...
Kadang langkahnya gagah...
Namun adakalanya langkah ini goyah...
Kerana jalan yang ku tempuh ini tidak seindah kata...

Kaki ini..
Menapak di atas bumi yang rata...
Namun jalan yang ku jejak ini banyak halangannya..
Kerana di sini ada derita yang sukar terluah..

Kaki ini...
Kudratnya tidak sekuat mana untuk melangkah...
Namun bersamanya ku bawa suatu kalimah...
"Cinta Allah Itu Indah"..

Indahnya Cinta Dia...
Tidak bererti kita diberi kemewahan dunia...
Tidak juga hidup dengan darjat yang dipandang Manusia...
Hatta, tidak juga tanpa ujian hidup yang melanda..

Hakikatnya..
Cinta Allah itu Indah...
DiberiNya kita kemiskinan hidup di dunia..
Agar hati kita selalu merendah..

Indahnya Cinta Allah...
Diberi kita peringatan segera..
Agar langkah kaki ini tidak tersasar jauh dari jalan-Nya...
Tidak diberi pangkat dan darjat yang dijulang manusia...
Kerana di sisi Tuhan tiada nilainya...

Sungguh indah CINTA-Mu Ya Allah!....

P/s: Moga diri ini terus melangkah untuk meraih Cinta Allah...Amin Ya Rabb


WardahBiru
Jumaat
30 September 2011










Wednesday, September 28, 2011

.:: Wordless ::.

Tiada lautan yang tidak pernah bergelora..
Tiada bumi yang tidak pernah ditimpa hujan...
Tiada langit yang selalu cerah..
Tiada insan yang tidak pernah diduga...
Bersabarlah...

Sunday, September 25, 2011

.::Saya Perasan!::.

Assalammualaikum..
Bismillahirahmanirahim...
Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..kaum keluarga dan para sahabat Baginda semua...InsyaAllah...Ameen...


Saya Perasan??...
Ya memang saya perasan...sebab saya ada rasa...sebab saya ada hati dan sebab saya ada mata...itu yang utama...
Perasan tentang apa??


Sebenar-benarnya...saya perasan tentang aurat awak...
Mahkota yang harus awak tutup...WAJIB!..tiada negotiation dalam bab ini ya...diulang sekali lagi.TIADA!.


Masalah problemnya sekarang...saya tahu awak tahu apa yang perlu kita tahu...
Cuma kenapa ya..awak tidak mahu mempraktikkan apa yang awak tahu itu dalam hidup awak sendiri??


Dulu saya pun macam awak juga..Biasa-biasa dalam berpakaian.
Tapi alhamdulillah...DIA sudah ketuk-ketuk-ketuk hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik...
Masa itu saya takut juga..takut tidak kuat...takut berubah kembali kepada yang Dulu-dulu...tapi belum cuba belum tahu kan??
Try first...then you will know the Nikmat and Hikmah why HE asked us to fully cover our aurah..
Syukurnya ~~,
Awak pun sudah banyak kali terasa ada seruan itu kan...
Cuma awak selalu nafikan...awak kata awak tidak kuat lagi untuk berubah...awak kata family awak mungkin hairan dengan perubahan awak nanti...awak kata jiwa awak bukan begitu..jadi ayu menutup semua dengan sempurna...SIAPA KATA??


Fitrah semula jadi wanita...ingin menjadi ayu, nampak sopan bila di luar rumah..
Hebat sangatkah pakaian yang awak pakai sekarang??
Cuba bagi tahu saya...cantikkah?ayukah?sopankah? jika baju 'adik' yang melekat ditubuhmu...maaf jika bicara saya agak kasar...tapi ini adalah realiti yang harus awak akui bukan?a


Awak...saya sayang sangat dekat awak...pernah saya baca sebuah buku...penulis tu kata.."Kalau kamu sayang sahabat kamu, kamu harus tarik tangan sahabat kamu sebelum dia jatuh dalam api neraka"..
Saat itu saya pandang awak..saat itu saya fikir sahabat saya...ya, saya sayang awak...sebab awak sahabat saya...saya tidak mahu biarkan awak jatuh dalam api neraka...Nauzubillah...



Agak-agak lah kan...awak tahu tidak, bila lagi DIA akan ketuk pintu hati awak untuk berubah??
Mesti awak tidak tahu kan...sebab benda nie sesuatu yang serius...Jadi awak kena fokus pada apa yang awak sedang lalui sekarang..
Tolong jangan abaikan walau cuma sekali apa yang terlintas dalam hati awak sekarang untuk berubah...
Siapa tahu, hanya kali itu sahaja DIA akan buat macam itu pada hati dan perasaan awak...
Tiada siapa tahu..saya tidak tahu...hatta awak juga...


Saya sayang awak...jadi tolonglah sayang saya juga...
Mari kita sama-sama berkasih sayang kerana Allah.....sayang awak hingga Ke JANNAH!..


Wednesday, September 21, 2011

HambaMu




Bicara Wardah Biru 


Dozen Roses Love Note

.::Kemaafan itu..::.




“Maafkan saya. Saya dah banyak buat silap pada awak”
“Sorry for everything that I have done to you”
Mudah untuk meluahkan kata maaf kepada orang yang telah kita kecewakan, tapi ikhlaskah hati itu? Bersungguh-sungguhkah memohon kemaafan daripada dia..
Alangkah bahagianya orang itu, jika dia begitu cepat menyesali kesalahan diri sendiri.. lantas meminta kemaafan dengan rendah hati…
Bagaimana dengan hatiku sendiri? Kadang kala aku kurang pasti..ikhlaskah hati ini meminta kemaafkan…melafazkan kalimah itu..atau ianya hanya manis dibibir, pahit dihati…kerana kadang kala, aku merasakan seperti tidak ikhlas meluahkan kata-kata itu…astagfirullah al’azim..
Memaafkan orang pula lain ceritanya..
Aku mudah memaafkan orang lain…tapi ikhlaskah kemaafkan itu??
Walau sudah memaafkan..namun kesalahan orang itu akan ku ingat..
Pernah aku suarakan pada teman-teman, “Memaafkan tapi tidak lupa kesalahan orang lain terhadap kita, adakah itu dendam”?..
Tidak..aku bukan berdendam..Cuma susah untuk aku lupakan…agak kotornya hati ini..
Formula seorang ustaz yang pernah memberi ceramah di kolej ku agak susah untuk aku praktikkan..
“Ingat 2 perkara, lupa 2 perkara”
Ingat kesalahan kita kepada orang lain,
Lupakan kesalahan orang lain kepada kita.
Ingat kebaikan orang lain kepada kita,
Lupakan kebaikan kita kepada orang lain.

Hati ini keras kah….?
Walau berkali-kali sudah ku cuba…hasilnya tetap sama…namun tidak semuanya yang gagal…
Liat sangat hati ini agaknya…
Namun, usaha ku bukan sehingga itu sahaja…
Aku akan terus berusaha untuk melupakan kesalahan orang lain kepada ku…
Itu sudah pasti…
Walau hujungnya belum ku ketahui…
Moga hatiku diberikan secubit rasa untuk mudah memaafkan…InsyaAllah~~

Kemaafan itu perlu..
Diminta dan diberi..

Sunday, September 18, 2011

.:: Wordless On Sunday ::.

                       
     Selalunya Entry “wordless” nie orang akan buat on Wednesday....
    Tapi rasanya tiada kesalahan kan kalau saya buat Wordless Sunday...
     Cukup ayat ini…

          
      
“TIDAK PAYAH!”





Sekian..

Saturday, September 17, 2011

.::Doa Rabitah::.



Sesungguhnya Engkau Tahu
Bahawa Hati ini telah berpadu
Behimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbingilah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal-Mu
Hidupkan dengan makrifat-Mu
Matikan dalam syahid di jalan –Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

TUHAN…
Satukanlah hati kami kerana –Mu
Aku mencintainya kerana Agama
Jika hilang agamanya
Maka hilanglah cintaku padanya

Friday, September 16, 2011

.:: Sekali lagi ::.

Buat sekian kalinya...permohonan ku tidak berjaya...memang kecewa terasa...seperti kata seorang teman.."Bila hati dan cuaca berkongsi rasa"...cuaca di langit aku lihat agak mendung...ibarat hati ku ketika ini...memang seperti berkongsi rasa...lantas ku katakan pada teman itu..."Moga cuaca itu cerah sentiasa"...apa yang aku harapkan ialah, hatinya secerah cuaca itu lah...dan aku mengharapkan yang sama dengan diriku sendiri...lebih tepat lagi hati ku saat ini...Kerana aku yakin dan percaya, Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik untuk diriku kelak...Aku akan dapat apa yang aku perlu...bukan apa yang aku mahu...Pesan seorang teman, "Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.."    .. 

Ya..memang ini yang terbaik untuk diriku..Bumi Allah ini terlalu luas untuk seorang yang bernama aku...itu yang perlu aku akui...harus aku tanamkan dalam hati, ini ialah satu lagi ujian yang diberi...pasti ada hikmah yang tersembunyi...lantas untuk apa aku menangisi dalam hati satu kegagalan yang harus dilalui??Biarpun Sekali Lagi!!...kerana itulah lumrah hidup...Bangunlah wahai diri...Bangkitlah wahai hati....Rezeki itu ketentuan dariNya...

Sunday, September 11, 2011

.:: Sesungguhnya ::.





Ya Allah...
Sesungguhnya berilah kesabaran yang sebenarnya kepadaku agar aku menjadi hamba-Mu yang beruntung!


Ya Azim...
Sesungguhnya berilah keizinan kepadaku agar dapat aku menambah Amalku setiap waktu...


Ya Rahman...
Sesungguhnya jadikanlah Diam itu sebagai Pengawal hidupku selalu!


Ya Razzak...
Sesungguhnya jadikanlah Senyuman manis itu suatu sedekah dari diriku...


Ya Khaliq...
Sesungguhnya, berilah Kekhusyukan dalam setiap ibadahku kepada-Mu...

Sungguh...ini yang aku harapkan selalu...yang sentiasa ku pohon dari-Mu

Sunday, September 4, 2011

::Suatu Kepastian Yang Pasti::



Assalammualaikum....


Suara hati ku berbicara untuk sekian kalinya.

Bicara hatiku yang tidak mampu terluahkan.

Hanya dapat ku luahkan melalui bait ayat-ayat ini.

Bicara tentang suatu yang pasti berlaku...pada diri ku...hatta pada kamu.

Ini bicara tentang kehilangan.

Kehilangan orang yang aku sayangi.

Seorang yang tiada pengganti...

Masih segar dalam ingatan.

Panggilan telefon pagi itu telah merubah hidupku.

Betapa hatiku saat itu tidak dapat menerima berita yang disampaikan padaku.

Bagaikan satu mimpi.

Saat itu aku seperti ingin tidur semula.

Kerana aku berharap, apabila aku tersedar nanti, kata-kata itu cuma dalam mimpi.

Namun itu adalah realiti.

Insan yang aku sayangi sudah pergi dijemput Ilahi.

Saat aku berjauhan dengan keluarga.

Saat aku keseorangan jauh di perantauan.

Saat aku masih lemah untuk menerima suatu kehilangan yang pasti.

Waktu itu, hanya air mata simbol perasaan.

Betapa degil hatiku ketika itu untuk menerima sebuah takdir dalam hidupku.

Ujian itu aku rasa begitu berat terbeban dibahu ku.

Kini...sudah lebih setahun arwah abah yang disayangi pergi meninggalkan kami.

Alhamdulillah aku semakin kuat untuk menerima.

Ini takdir dari DIA...

Bererti, hatiku sudah layak menerima ujian sebegitu.

Bukan hatiku bangga...

Jauh sekali untuk berasa riak dengan ujian yang diberi..

Cuma hatiku bersyukur, kerana DIA sedang memberi perhatian khusus buat kami...

Alhamdulillah...aku semakin mengerti...

Kerana DIA tidak akan menguji hambaNYA dengan ujian yang tidak mampu terpikul...

DIA Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..

Segala yang terjadi sudah dirancang sejak azali..

Saat dan ketika untuk aku, dan kami memiliki seorang abah sudah tamat ketika itu...

Itu yang harus aku akui...

Abah hanya pinjaman sementara dari DIA..

Yang pasti..tiada pengganti dapat menduduki takhta Abah dihati kami...

Semestinya, harapan abah akan kami tunaikan dengan izin dari Ilahi...

Al-Fatihah buat arwah abah yang tercinta...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...