Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Saturday, August 31, 2013

.: Lumrah Kehidupan :.

Mula Aku rasa jijik!
Jijik melihat pengemis menyelongkar sampah ditempat sisa pembuangan sampah..
Aku hairan, apa yang mereka cari ditimbunan sampah sarap yang kotor berbau itu?
Rupanya..Aku tidak sedar..
Kotornya hati ini, tidak dapat menilai sesuatu...
Rezeki mereka sebenarnya ada di situ..
Aku lupa, mungkin sengaja melupakan, atau mungkin tidak ingin mengambil tahu..
Proses kehidupan selalunya begitu...
Tidak perlu Aku, kau, kamu dan kita label mereka dengan panggilan berbagai..
Kerana mereka juga sedang bekerja mencari sesuap nasi untuk mengisi perut yang sentiasa lapar berbunyi..
Dari situ, Aku rasa sangat bersyukur..
Bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi..
Untuk apa Aku merungut tentang sesuatu yang tidak dapat Aku perolehi...?
Sedangkan masih ramai yang berbahagia walau hidup hanya seperti 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'...
Betapa nikmat itu wajib Aku syukuri...Alhamdulillah.
 
 
"Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah YANG Kamu Dustakan?"..
(Surah Ar-Rahman)

 


Sunday, June 16, 2013

.:: Pelangi Itu ::.

Aku Yakin..
Walau bukan hari ini...
Esok..
Lusa..
Atau pun nanti..
Pelangi itu pasti akan muncul..

Pelangi yang aku nanti,
Bukan pelangi biasa..
Kerana Hujan yang menimpa,
Turunnya atas arahan Tuhan Yang Maha Esa.
RahmatNya tiada bandingan.
......................

Aku, si penunggu pelangi indah, masih menanti kemunculannya.
Namun, perlu aku lalui dahulu hujan dan teman-temannya.
Andai bukan hari ini ku lihat pelangi,
Esok atau lusa belum ku pasti,
Tapi aku yakin pada aturan Ilahi.



16 Jun 2013;
Sandakan.

Wednesday, January 16, 2013

...Payung Penyelamat..

Hujan! Cari payung...
Panas! Cari payung..
Mendung! payung disimpan.

Kesian payung.

Manusia pun kadang kala boleh jadi si payung penyelamat, atau payung yang menyelamatkan.
Best la bila dapat diselamatkan, tapi kekadang bila dah terselamat dari 'bahaya', yang menyelamatkan pun dilupakan. Hidup memang begini lah..

*Kacang lupa pada kulit*.

Hakikatnya memang ada.



 

Amanah vs Kasihan...

Hari ini masuk minggu terakhir saya menjaga peperiksaan di salah satu IPTA.. lagi tinggal 3 hari sebelum peperiksaan tamat.
Sukacita, kepenatan bakal berakhir..alhamdulillah...Horreeehhh(Penat tu pusing2 satu dewan peperiksaan... hahaha tapi saya suka kerja ni.) * rasa mahu jadi pembantu pengawas peperiksaan untuk next semester...hihihihi*
Minggu pertama dan minggu kedua, segalanya berjalan lancar.
Tapi...minggu ketiga..
Dukacita, kami dapat menangkap salah seorang pelajar atas kesalahan meniru. NO, bukan mahu buka aib orang, tapi sebagai pengajaran untuk orang lain. Mungkin. Insha Allah.

Dia disyaki meniru sejak minggu pertama exam. Memang pintar, cerdik, sebab pandai meniru.(hhmm yaka?) Tanpa bukti yang cukup dan kukuh, dia terlepas. Tapi kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya menyembah tanah jua..erkk tapi betul la tupai memang pandai melompatkan.hihihi
Memang tidak dapat dinafikan lagi apabila ada nota cute comel tertulis dipembaris pelajar berkenaan. Lucunya, bila ditangkap, dia tidak mengaku, masih mahu membela diri.
Malangnya, setiap jawapan yang dijawab dalam buku jawapan, mirip dengan nota cute comelnya..huhuhu.
Akhirnya, dia mengaku bersalah, dan berjanji tidak akan mengulangi lagi. Atas sebab kesihatan, dia tidak dapat mengulang kaji pelajaran. ALASAN.

Dia merayu-rayu minta dilepaskan. Kasihan, tapi Amanah yang kami harus tunaikan, Amanah yang harus ketua pengawas galas, semua mesti dilaksanakan. Dia tetap dikenakan tindakan.

Ketua pengawas yang juga pensyarah kepada pelajar berkenaan sama sekali tidak mempercayai pelajarnya tergamak untuk meniru semasa exam.

*She was a good student, I can't believed it*

Terdengar keluhan dari seorang pensyarah. Hhhmmm...memang kasihan, tapi itulah tanggungjawab kami sebagai pembantu pengawas.

*Saya malu, perempuan lagi tu yang meniru*

Terucap kata dari seorang pengawas peperiksaan.

Saya malu bila mendengar kata-kata itu. Ya, yang meniru seorang perempuan, melayu, Islam.

Kenapa dia sanggup meniru? TAKUT GAGAL? MAHU SCORE A?

Tiada siapa yang mahu gagal.

Dulu saya pun seorang pelajar juga, yang pernah gagal dalam exam semester. Malu, bila terpaksa repeat satu subjek yang gagal.Subjek killer untuk course acc. Malu bila semester depannya, terpaksa jumpa semula pensyarah yang sama untuk subjek yang sama. TAPI, MENIRU UNTUK LULUS AMAT-AMAT SAYA GERUNI..
Jadi saya belajar sungguh2..akhirnya dari result D, saya dapat B+...hihi..Not bad la(for me).^_^


Gagal saya bersebab, kerana seminggu tidak masuk kuliah. Bukan malas, tapi emergency leave. Dalam semester itulah arwah abah saya meninggal dunia. Memang itu pun bukan ALASAN, tapi sekurang-kurangnya selepas jatuh, saya berusaha bangun semula. BUKAN bangun ikut jalan pintas ya. TIADA yang harus dipersalahkan melainkan diri saya sendiri. KASIHAN pada diri? Harus. Tapi AMANAH yang DIAMANAHKAN pada diri, WAJIB dtunaikan. Amanah dalam belajar, amanah dalam peperiksaan. Yeahh...JANGAN MENIRU.
jangan cuba ini semasa exam!
*Pelajar yang meniru semasa exam, mengasihani diri sendiri? amanah pada diri?
TEPUK DADA TANYA IMAN, KETUK HATI TANYA AMAL.

Thursday, January 10, 2013

"Makcik Siti, kenapa....?"

Hari itu, semasa dalam perjalanan pulang dari bandar, saya duduk di sebelah anak saudara yang baru berusia   12 tahun, Ainin namanya. Duduk di hadapan kerusi kami ialah dua orang gadis manis. Saya dan Ainin rancak bercerita tentang zaman sewaktu saya sekolah menengah dahulu. Macam-macam cerita yang saya kongsikan. Tiba-tiba Ainin menyoal saya bab aurat...

"Makcik Siti, kenapa orang di depan ni tidak pakai tudung?". Saya terdiam seketika.
  Berharap gadis di hadapan kami tidak mendengar pertanyaan Ainin. Menjaga hati orang bukan   
   senang, lagi-lagi orang yang kita tidak kenal.

 "Mungkin diorang tidak tau pasal aurat". Jawab saya sambil berbisik. Pendek. Padat. Mungkin saya kira itu sudah cukup.

" Ndak kan la diorang tiada belajar masa sekolah dulu..?". .Tanya Ainin. 

"Tahu, tapi tidak mahu amal.". Bisik saya ringkas. Senyum. 

Ainin cuma mengganguk, tanda faham mungkin. Mungkin juga berfikir. Ainin, yang masih dalam proses pembelajaran. Tutup aurat padanya, cuma sekadar pakai tudung. Cukup. Belum masuk bab wajib pakai sarung lengan dan stokin. Baju longgar tidak boleh ketat. Tapi InsyaAllah, Ayahnya bisa saja mendidik dia.^_^ Dia seorang yang mudah memahami. Banyak bertanya itu ini. 

Dua gadis di hadapan itu, boleh saja berubah jika berusaha. Macam seseorang yang baru saya kenali. Orangnya manis bila tersenyum. Bila bercerita, baru saya tahu dia baru sahaja berhijrah. Alhamdulillah. Dulu dia seorang yang freehair. Bulan Ramadhan tahun lepas, Allah SWT bukakan pintu hatinya untuk dia berubah. Kuasa Allah SWT. Hidayah hanya milik-Nya. Siapa kita untuk menghukum. Selalu saya ingatkan diri sendiri. Setiap orang ada masa silamnya. Siapa dia yang dulu, jangan dihina, jangan dikeji, sebab kita tidak pasti apa yang akan terjadi dihadapan kita nanti. Boleh saja, kalau Allah S.W.T mahu, dua gadis yang duduk di hadapan kerusi kami berubah, bertudung lengkap menutup aurat. Kun Fayakun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...