Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Friday, November 9, 2012

...Suatu Hari itu akan Tiba..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis sesuatu di blog ini...Agak lama blog ini sepi tanpa sebarang entry yang baru..Maklum saja, sejak dah berhenti kerja ni baru ada masa menulis sesuatu...



"Suatu Hari Itu Akan Tiba"....
Terlintas dalam fikiran bila sebentar tadi saya menemai kakak ke rumah kawan untuk majlis tahlil arwah anaknya...arwah baru menjejak usia 13 tahun..tapi Allah lebih menyayangi dia..
Walau saya tidak mengenali arwah, tapi melalui cerita saya yakin arwah seorang remaja yang baik..insyaAllah...moga roh arwah dalam rahmat ilahi...amin.

Seperti memahami.. 
Sehari sebelum arwah terlibat dalam kemalangan, arwah meminjam telefon bimbit ibunya untuk menelefon kawan-kawan rapat yang mengenali ibunya. Untuk tujuan apa, ibunya langsung tidak mengatahui sehinggalah arwah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk dikepala.

"Jaga ibu saya kalau saya tiada..."
Antara pesanan yang sempat arwah sampaikan kepada rakan-rakan yang rapat dengan arwah..Allahuakbar.. Sedih saat saya mendengar ibunya sendiri bercerita tentang perkara berkenaan.. Ibunya seorang yang tabah. Walau arwah lah satu-satunya anak yang Allah pinjamkan untuknya..

..Hanya Sementara...
Semua ini hanya pinjaman, bukan milik kita selamanya, bila- bila masa saja Allah akan ambil semula setiap yang kita pinjam secara percuma ini. Tarbiah secara langsung bila kita sentiasa ingat mati. Ia begitu hampir dengan diri. Sangat hampir, bila-bila dan di mana-mana sahaja.
......................................................................................................................

"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan". Ali Imran;109
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...