Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Man Ana


  Bismillahirahmanirahim..
 Assalammualaikum 
(jawab salam dulu ya^^)


Selamat Datang ke Blog Suara Hati Berbicara..



Siapa saya?
Hanya seorang insan biasa.
Pengenalan tentang siapa saya dalam dunia blog ini tidak banyak.
Moga Allah Redha.


Umur saya? 
 'Angka yang akan bertambah'
Tarikh Lahir dan Tarikh mati saya?
'Lahir 1 tarikh tidak pernah dipinta, Mati 1 tarikh tidak boleh ditunda'
Saya dilahirkan pada 30 Julai 1990, bersamaan 7 Muharram 1411
 Tujuan ber'blog'?
Mencari dan berkongsi manfaat dari suara hati yang berbicara.
Moga apa yang dapat saya kongsi, menjadi amal jariah suatu saat nanti.InsyaAllah
Kegemaran saya?
Saya suka puisi, kerana dari puisi dapat mencetus satu semangat dalam diri yang selalunya lemah ini..
Moga saya dipinjamkan sedikit kekuatan dari Pemilik Kekuasaan untuk terus berpuisi..
Walaupun tidak sepuitis insan lain, tapi saya mencuba..andai ada yang tidak berkenan, fikirkan, saya cuma insan yang semestinya banyak kekurangan..tidak mungkin pernah SEMPURNA.


Akhir kata dari saya? 
Terima kasih sudi singgah ke Blog yang banyak kekurangan ini...^^
"Pena ini bukanlah setajam pedang,
Madah ini tidaklah selembut lidah,
Namun Kata ini bukan sekadar suka-suka,
Moga ada hikmahnya Ketika Suara Hati Berbicara"..
~~Hamba Allah~~

             
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...