Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Wednesday, December 28, 2011

.:: Mahu vs Perlu ::.

Selalu,

Saya Mahu yang itu..

Tapi saya Dapat yang ini...

Senyum..

Saya Minta yang lain..

Tapi saya diberi selain yang saya minta...

Senyum..

Banyak yang saya Pinta.

Banyak yang saya Minta.

Namun tidak semua yang saya Terima.

Kerana semua itu bukan untuk saya.

"Tuhan Yang Tidak Memberi,

tanda memang bukan untuk diri"

DIA memberi apa yang saya Perlu, bukan apa yang saya Mahu.

Saya yakin yang itu...

Terus Senyum..

Usaha sabar..


"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."(Surah Ali Imran:200)


“…Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(Surah al-Zumar:10)


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a,"Bahawa sejumlah orang Ansar pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda memberinya. Mereka lalu meminta untuk kali kedua dan Baginda pun memberinya, sehingga baginda tidak ada lagi memiliki sesuatu yang boleh Baginda berikan. Ketika memberikan semua yang Baginda miliki itu, Baginda bersabda: "Tidak ada sedikit harta pun yang kusimpan untuk tidak kuberikan kepada kamu. Sesiapa yang bertekad kuat untuk menjaga kesucian diri, maka Allah akan menjaga kesuciannya; sesiapa yang merasa cukup (sehingga tidak perlu meminta-minta kepada orang lain), maka Allah akan memberinya kecukupan; dan sesiapa yang mahu melatih diri untuk bersabar, maka Allah akan memberinya kemampuan untuk bersabar. Tiada kurnia yang diberikan Allah kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran (kerana pahalanya tiada batasan)."



Daripada Shuhaib r.a, beliau berkata;"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya menakjubkan urusan orang Mukmin itu, kerana semua urusannya bernilai baik baginya dan hal yang seperti ini tidak akan terjadi, melainkan pada diri orang Mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, lalu bersyukur, maka hal itu lebih baik baginya; dan jika dia mendapat kesusahan, lalu bersabarah, maka hal itu juga lebih baik baginya."(Riwayat Muslim)



“...Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(QS. Al-Baqarah:216)


HE Knows The Best For Me..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...