Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Wednesday, February 15, 2012

.:: dia yang pergi ::.

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini 22 Rabiul Awal, genap 2 tahun pemergian orang yang saya sayangi..
Seperti baru semalam, mendengar kata-kata nasihat darinya..
Seperti baru semalam, mendengar suara kasihnya..
Sperti baru semalam, terasa dia mencium dahi ini di pagi raya 3 tahun yang lalu..ciuman kasih terakhir dari seorang ABAH..
Segalanya masih hangat dirasa..
Pemergiannya pada dingin subuh 2 tahun yang lalu, masih jelas dalam ingatan.
Ternyata, kasih-sayangnya untuk kami, cukup sampai disaat itu..
Kerana itu memang kehendak Allah.
Kerana itu ketentuan Ilahi.
Takdir diri ini, akan kehilangan seorang ABAH disaat umur belum mencapai usia 20an..
Saya Redha..

Dia yang pergi,
Tidak ada yang dapat mengganti.
Dia yang pergi,
Yang kami sayangi,
Dia yang pergi,
Kami masih disini,
Dia yang pergi,
Doa kami iringi..
Al-Fatihah untuk arwah Abah kami..
Moga kita dapat bertemu dalam JannahNya nanti..

::Saat Kematian itu pasti tiba suatu ketika nanti, kerana ia sudah tertulis sejak azali::


 Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. ( Al Anbiya` : 35 ) 


 "Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik".
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)




Sunday, February 12, 2012

.:: Nota hati untukmu ::.

Bismillahirahmanirahim

Ya Allah, 
Tika ini hatiku merasakan perasaan itu..
Rasa yang sepatutnya tiada tempat dalam hati ini..sepatutnya..

Aku mencintai dia kerana Mu Ya Allah..
Kerana aku yakin, tiada manfaat bersifat duniawi andai aku mencintai dia..

Tapi hati kecil ini telah dikaburi..
Kadang-kala aku merasakan dia seperti melupakan aku..Seperti rinduku padanya tidak berbalas lagi..
Seperti cintanya telah pudar untuk aku..

Ah..Ceteknya akal ku berfikir sedemikian..
Mungkin, 
Aku tidak dilupakan..
Mungkin,
Aku masih dirindui..
Mungkin,
Dia cuma tiada masa terluang seperti dulu-dulu...
Barangkali,
Rindunya, Cintanya, melebihi cintaku pada dia..
Siapa tahu?
Hanya Allah...dan dia.


Ya Ilahi,
Andai itu ketentuan dariMu,
Seharusnya aku menerima dengan Redha..
Kerana aku yakin ada hikmahnya..
Ini ujian dariMu, untuk menguji sekuat dan sedalam mana cinta ini untuk dia..


picture from here and edited by me..^^


p/s: Sahabat, aku harap engkau mengerti, akan bahasa hatiku ini..kerapkali aku melakukan kesalahan,
dan kesalahan ini berulang-ulang aku lakukan...maafkan aku sahabat..maaf kerana masih tidak mampu menjadi sahabat sejati untuk dirimu...















 


Wednesday, February 8, 2012

.:: Senyap ::.

Tiada Bicara
Hanya Sunyi.
Tiada Kata
Hanya Sepi.


Saturday, February 4, 2012

.:: Untuk Kali Yang Ke-2 ::.

  - Kecewa?
 +Tidak juga.. 
- Pasrah?
+ Pun Tidak..
 REDHA..insyaAllah...^^
Moga hati ini ihklas menerima TAKDIR DARI ALLAH...

Jelajah *Laman Muka Buku*, ternampak status ini...
 "Satu benda yang saya belajar di dalam hidup ini,
kita bergerak sahaja ke hadapan dalam keadaan usaha menjaga apa yang Allah suruh jaga,
apa yang kita dapat, apa yang kita lalui, itu urusan Allah SWT.
Dia sedang menjadikan kita ini kita.
Sangka baik kepadaNya, adalah dasar keimanan yang merupakan ubat buat jiwa."

^^ ~HILAL ASYRAF~

Alhamdulillah..Bersangka baik kepadaNya, ubat untuk bahagia...kan..(^_^)(^_^)
 Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas” hadith riwayat Muslim.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”  (QS. Al-Baqarah, (2):186) 
Gambar dari sini
 

Wednesday, February 1, 2012

.:: Langkah ku kini tercipta ::.

Hampir..
Hampir aku berputus asa..
Takala memulakan langkah yang pertama..
Terhenti seketika, menoleh kebelakang..
Berfikir sesaat..
Seperti ingin berpatah kembali ke asal..
Langkah kian perlahan..
Hati ini gusar,
Andai pilihan ini bukan pilihan..

.............................................
Namun, kaki ini tetap melangkah..
Kerana laluan jalanan ini terasa indah..
Disini kah bahagia?
Hati terasa..
Maka..
Aku andaikan sahaja,
Begitu la kehendakNya..
Moga dihujung sana..bahagia hadir juga..
InsyaAllah..

Suka lagu ini...Langkah Tercipta-UNIC
..........................
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan,

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


p/s: Saya baru 2 hari memulakan kerja..Layakkah saya cepat berputus asa?Mohon doa kalian, agar hati       saya dikuatkan untuk terus melangkah..^^ Syukran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...