Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Wednesday, August 31, 2011

::Salam Lebaran...::

Ramadhan berlalu..
Syawal menjelma...
Rasa sayu dan syahdu..
Namun kemenangan harus kita rayakan bersama...
Moga bertemu kembali dalam Ramadhan yang seterusnya...

Friday, August 19, 2011

::Hanya Sekali Dalam Setahun::

Allah Subhannahu wa Ta'ala telah berfirman, ertinya,

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan nya (al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS. al-Qadr:1-5)




Berdasarkan hadits Ubay bin Ka'ab dia berkata,
" Demi Allah sungguh aku mengetahui mana malam yang pada malam itu kita semua diperintahkan oleh Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam untuk melakukan shalat malam, yaitu malam dua puluh tujuh."
(HR Muslim).

Sabda Nabi Shalallaahu alaihi wasalam,
"Carilah ia pada sembilan terakhir, atau tujuh terakhir, atau lima terakhir."
(HR. al-Bukhari).


p/s: Jika diberi kesempatan, malam ni sudah masuk 10 malam terakhir Ramadhan...
Moga kita diberi kesempatan...InsyaAllah...

Sunday, August 14, 2011

Lapang...


Aku cuba melapangkan Hati...

Dengan pilihan ku sendiri...

Ini keputusan ku setelah hampir "rentung" aku "masak" fikiranku..

Agak susah buat pilihan ini sebenarnya...

Kadang menyesal juga setelah keputusan itu diumumkan...

Tapi kelapangan hati itu cuba aku raih berkali- kali..

Dari setiap sudut dan arah...

Aku cari baik dan positifnya keputusan ku kali ini...

Agar akhir nanti aku mampu tersenyum suka..

Biarkan aku bahagia..

Kerana itu yang ku pinta setiap saat dan ketika...




Thursday, August 11, 2011

::Kadang-kala Ego itu harus ada::

Susah juga sebenarnya melawan perasaan ini...
Rasa itu masih ada tersisa sebenarnya...
Jauh di dasar hati...
Ianya masih wujud lagi..
Benarlah ada orang kata..





"Hati itu seperti lautan...
Luas tidak terkira..
Dalam tidak terjangkau..
Jika tenggelam, bimbang tidak ketemu jalan pulang.."


Jadi, aku membina benteng ego perasaan itu sendiri...

Pasaknya aku kukuhkan dengan Iman..
Binaannya aku tambah dengan keyakinan..

Tapi aku takut sebenarnya...
Jika tidak dapat pertahankan benteng yang sedang aku bina ini...

Moga aku diberi kekuatan...
Kerana aku hanya hamba yang lemah tidak berdaya..
Untuk melawan perasaan halus yang melanda hatiku saat dan tika ini...


Wednesday, August 10, 2011

::Dia Insan Pilihan::




Dia lebih Engkau Cintai...

Tapi ujian yang Engkau beri nyata berat sekali...

Dia Insan Mulia yang Engkau Sayangi...

Tapi perjalanan hidup yang ditempuh penuh onak dan duri...

Dia hambaMu yang Engkau tinggikan darjat di sisi Mu Ya Ilahi...

Tapi di sisi manusia yang belum mendapat Cahaya Ilahi, Dia dihina..dicaci..

Ternyata sebegitu hebat keyakinan Dia terhadap janji-janji Mu Ya Rabbi..

Tidak pernah Dia gentar dengan ujian yang Engkau beri...

Tidak pernah Dia kalah dengan hidup yang dilalui...

Tidak pernah Dia membalas semula kejahatan manusia terhadap diri sendiri...

Bahkan kebaikan pula yang Dia beri terhadap mereka yang mencaci...

Sesungguhnya, Dia Insan Terpilih yang perlu kami contohi dan teladani...

Harus kami tanamkan dalam hati...

Ujian yang Dia telah lalui lebih hebat dan tiada tandingan berbanding dengan ujian yang kami perolehi hari ini...

Tidak layak sama sekali untuk kami menandingi walau seinci...

Kerana Dia Insan Terpilih..

Penghulu segala nabi...

Moga kami mendapat Syafaat MU YA RASULULLAH di Akhirat nanti...Ameen..


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "


::Alhamdulillah::


Saya amat bertuah!

Jadi saya harus hargai apa yang DIA beri.

Walau perkara itu saya tidak suka, saya harus Redha pada ketentuan yang DIA telah cipta untuk saya sejak azali..

“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)..

Kalam ini akan sentiasa saya pegang, dan simpan dalam hati..

Kerana saya tahu..DIA tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia..

Harusnya saya sentiasa berbaik sangka pada Yang Maha Esa..

Moga hati ini terus tabah dalam perjalanan yang sentiasa ada onak dan duri...

Insya Allah...

Tuesday, August 9, 2011

::Senyuman itu::


Senyuman itu...

Walau masih menghiasi wajah..

Tetap terzahir garis duka dari tubir mata.

Senyuman itu...

Tetap indah seperti dulu...

Cuma tiada rasa yang lahir dari situ.

Senyuman itu...

Memandangnya sahaja membuat hati ku pilu...

Kerana senyuman itu...

Terbeban dengan seribu duka yang terlalu.

Andai sahaja dapat ku kembalikan senyuman itu...

Pasti akan ku lakukan agar senyuman itu menjadi seperti dulu...

Duhai yang empunya senyuman itu...

Senyuman mu mampu membuat diriku tersenyum bahagia...

Namun itu dulu...

Jika dapat ku leraikan duka yang membebani jiwa mu itu..

Pasti aku mahu...

Agar senyuman mu manis seperti dulu...

Pesan untuk mu wahai pemilik senyuman itu...

"Lupakan kisah lalu yang masih kau bawa bersama..."

"Leraikan segala yang menyesakkan jiwa..."

"Beri hatimu hanya pada yang layak memilikinya..."

"Dan tersenyumlah hanya kerana DIA"

"Moga kau bahagia akhirnya bersama manis senyuman yang terukir di wajah"



p/s: Senyumlah :)...moga hati yang berduka dapat terubat dengan manis senyuman mu itu...














Saturday, August 6, 2011

.:: Menangis hatiku menangiS ::.



Kadang-kala terlintas persoalan difikiran ku…

Mengapa ia pernah berlaku??

Ingin menyalahkan takdir hidupku?

Ahh..tidak sepatutnya aku menyalahkan takdir itu…

Bahkan aku harus menyalahkan tadbir diri ku sendiri…

Kerana aku yang bersalah dalam memacu setiap tindakan yang pernah ku ambil dulu..

Sekarang menangis air mata darah sekalipun tidak dapat mengembalikan masa itu...

Apa yang perlu aku lakukan…

Ialah jangan mengulang kembali apa yang pernah berlaku…

Jadikan itu sebagai pengajaran, tauladan sepanjang hidup dimasa hadapan…

Aku tahu..DIA Amat Pengasih dan Penyayang…

Lantas, tidak perlu ada rasa takut untuk aku menghadapi hari-hari esok…

Kerana…

Sebesar manapun kesilapan lalu..

Seluas lautan manapun kesalahan diriku..

DIA akan mengampunkan dosa-dosa hamba yang bertaubat ini…

Aku tahu cuma satu…

Itu adalah ujian dalam hidupku…

Untuk menjadikan aku yang dulu daripada hanya tahu merangka, kini boleh berjalan….

Maha Suci Allah.

Segala Puji Hanya Untuk Allah.

Allah Maha Besar.

DIA Maha Mengetahui akan sesuatu yang tidak aku ketahui..

Perjalanan ini akan aku teruskan…

Walaupun kadangkala kerikil-kerikil kecil menganggu lancarnya perjalanan ini…

Tapi aku akan teruskan..

Untuk berjalan…

Menuju ke hadapan..

Itu yang pastI yang akan aku lakukan…

Kerana aku tahu…

DIA akan sentiasa ada disisi…

Di sepanjang perjalanan hidup ku ini.

“Warkah untuk mu”


Kalam ini ku tujukan buat dirimu…
Yang belum ku ketahui namanya…
Yang belum ku lihat rupanya…
Yang masih belum ku temui dia.
Kadang-kala terdetik dalam hatiku untuk bertanya…
Siapa namanya??
Bagaimana rupanya??
Seperti apa akhlak dan agamanya??
Samar-samar aku tentang dirimu…
Walau apapun, aku tidak mengharap kesempurnaan darimu..
Tidak juga aku nilai ketampanan rupamu..
Bukan juga ku ingin ukur kekayaan hartamu…
Tapi yang ku harap cuma agama yang baik dalam dirimu..
Hanya itu…
Kerana disitu letaknya Syurga atau Neraka untuk diriku kelak…
Aku cuma ingin menjadi suri yang solehah untuk dirimu…
Yang bakal menjadi ibu mithali untuk anak-anakmu..hasil didikan darimu..
Dan ku impikan untuk menjadi ketua bidadari untuk mu di Jannah nanti…
Lantas, memilihkah namanya itu??
Seandainya cuma agama mu yang ku mahu??
Cuma yang perlu kau tahu..
Diriku disini sedang berusaha…
Untuk menjadi yang terbaik buatmu…
Agar aku layak menjadi pendamping dirimu…
Malah mampu untuk menjadi sayap kirimu suatu hari nanti..
Ku berdoa agar Allah SWT mempertemukan kita dalam rahmat kasih-Nya…
Ku serahkan segala urusan ini kepada-Nya..
Kerana aku yakin, pertemuan kita sudah diatur oleh-Nya..
Sejak azali...

.:: Warkah buatmu Sahabatku ::.


Assalammualaikum sahabatku…
Apa khabar dirimu saat engkau membaca surat ini?
Aku mengharap yang terbaik untuk mu…
Kerana aku tidak pernah jemu meminta keselamatan dan kebahagian untuk dirimu usai solatku…
Moga doa-doaku untuk dirimu di makbulkan Tuhan kita Yang Satu..

Sahabatku…
Tahukah engkau, aku bahagia saat iniBahagia kerana aku memiliki sahabat seperti dirimu…Bertuah kerana kau hadir dalam hidupku ketika ini…
Masihkah engkau ingat permulaan perkenalan kita dulu?
Awal perkenalan kita yang singkat itu..
Hingga kini masih segar ku ingat…
Sudah takdir Ilahi…
Kita menjadi sahabat…
Dan aku mengharap ukhuwah kita ini terbina seperti untaian tasbih…
Ada awalnya..

Namun tidak pernah berakhir…

Sahabatku…
Seandainya aku pernah melukakan hati kecilmu..
Tolong maafkan aku..
Mungkin ada ucapan ku yang pernah mengores hatimu..
Mungkin ada perlakuan ku tidak menyenangkanmu…
Maafkan aku…sahabatku..
Mungkin banyak khilaf ku pada dirimu yang aku tidak tahu…
Tapi aku mengharap engkau mengerti sahabat..
Aku cuma hamba yang lemah..
Banyak kurangnya..
Namun mengertilah…
Aku takut kehilangan sahabat sepertimu..
Sahabat yang DIA berikan saat aku memerlukan..

Sahabatku…
Seandainya kau lihat diriku lalai di atas jalan mujahadah ini..
Tolong tegur kesilapanku…
Sedarkan aku bahawa Dia sentiasa ada Memerhati setiap perlakuanku..
Adakalanya langkahku sering tersasar…
Kerana iman ku masih rapuh…
Bekalan ku belum cukup untuk menghadapi jalan mujahadah ini..yang penuh liku..
Hadirnya dirimu, ku harap dapat membantu diriku..

Sahabatku…
Terima kasih ku ucapkan…
Kerana engkau sudi menjadi sahabat untuk diriku yang banyak kekurangan ini…
Hanya Dia yang mampu membalas segala budi mu yang masih ingin menjadi sahabatku…
Doaku..untukmu sahabat
Moga engkau sentiasa istiqamah menuju Cinta kita yang Utama..
Moga engkau sentiasa menjadi gadis solehah yang penuh iman di dada..
Moga ukhuwah kita ini akan berkekalan hingga ke Jannah..

Wednesday, August 3, 2011

.::Teka-Teki::.


Bismillahirahmanirahim..
Segala Puji Hanya Bagi Allah...Tuhan Pemilik Seluruh Alam..
Selawat serta salam keatas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat Baginda..

Teka-teki??pasti ramai yang suka termasuk saya..hehe... Tapi ada juga yang tidak suka pada teka-teki.Mungkin malas untuk memerah otak untuk memikirkan jawapan yang sebenarnya ringkas..Apa pun natijahnya, ini bukan teka-teki biasa. Teka-teki ini daripada seorang imam yang tersohor suatu masa dulu. Pasti ramai yang pernah membaca, atau terbaca teka-teki yang begitu menusuk ke dalam qalbu ini..

1.Apakah yang paling hampir dengan kita?
2.Apakah yang paling jauh dengan kita?
3.Apakah yang paling berat dengan kita?
4.Apakah yang paling ringan dengan manusia?


*Sudah ada jawapan yang terlintas dalam kepala?..

Ini jawapan untuk teka-teki di atas..

1.Yang paling hampir adalah kematian..
2.Yang paling jauh adalah masa lalu...
3.Yang paling berat adalah amanah...
4.Yang paling ringan adalah solat..


~Imam AL-Ghazali~

Hebat bukan soalan serta jawapan ini...

Mati..
Kita tahu kematian begitu hampir dengan diri kita. Ia ada disekeliling diri kita sahaja.
>Boleh jadi orang yang nampak sihat tubuh badan, meninggal secara tiba-tiba.
>Boleh jadi beberapa minit yang lalu, kita bergelak ketawa bersama teman-teman, sudah dikhabarkan pula berita kematian teman yang baru bersama kita tadi..
>Boleh jadi abah atau ibu yang sudah lama tidak berjumpa, pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Semua perkara boleh terjadi..kerana mati itu pasti, sudah tertulis sejak azali.
Namun masih ramai yang berlengah-lengah dalam melakukan kerja terutamanya soal ibadah padaNya. Seperti mereka tahu, "Aku akan hidup lagi untuk waktu itu"..jadi tunggulah, nantilah, sekejap lagi lah..dan macam-macam alasan lagi yang dibuat-buat oleh mereka sendiri..Andaikan jika mereka tahu tarikh kematian mereka, masih adakah sikap bertangguh-tangguh lagi dalam diri??Tepuk dada, tanya iman kita..

Masa lalu..
Hebat sungguh jika sesorang itu dapat kembali ke masa lalunya..
Tapi itu teramat mustahil..
Walau ada mesin masa sekalipun, masa lalu itu tidak dapat kita kembalikan..

Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. Surah AL-Asr

Amanah..
Bukan suatu yang subjektif untuk dinilai..
Muslim sejati akan sedaya upaya menepati maksud Hadis Rasulullah SAW: ”Tidak beriman orang yang tidak amanah dan tidak beragama orang yang tidak berpegang pada janji” (HR Ahmad)

Amanah membawa rezeki, dan khianat membawa kefakiran (Hadis Riwayat Dailami)

Solat...

Sesungguhnya meninggalkan solat adalah merupakan batas yang menentukan seseorang diantara syirik dan kufur. (Muslim)

Barangsiapa meninggalkan solat wajib maka terputuslah amal kebaikannya.(Bukhari)

Mari hayati lirik lagu nasyid saujana..Sepohon kayu..

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi.


Rugi dunia rugi akhirat, kalau meninggalkan solat. Astagfirullah al'azim..Nauzubillah min zalik..

Monday, August 1, 2011

Bismillahirahmanirahim...

Segala puji hanya bagi Allah SWT,Pemilik Sekalian Alam...
Selawat serta salam keatas Junjungan Mulia, Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat Baginda sekalian...

Alhamdulillah...diri ini sudah memasuki alam 21 tahun...
Alhamdulillah...convocation pada 30 Julai juga berjalan dengan lancar...
Alhamdulillah...Ramadhan menjelma kembali...
Alhamdulillah...kali ini dapat post sesuatu lagi dalam blog ini...
Alhamdulillah...masih dipanjangkan umur untuk menyedut udara yang percuma ini...

Banyaknya nikmat yang DIA beri pada diri ini...tapi kenapa diri ini kurang untuk bersyukur??astagfirullah al'azim...
Segala yang ada, hanya pinjaman sementara...sampai masanya nanti..diri ini harus memulangkan apa yang sudah dipinjam kepada Pemilik Mutlak...

Teringat suatu kisah...dimana seorang lelaki yang mengalami kemalangan jalan raya, kaki kirinya terpaksa dipotong untuk mengelakkan luka dari merebak lebih teruk. Sesudah lelaki berkenaan tersedar, pesakit yang berada di katil sebelah bertanya akan perasaan lelaki tersebut setelah kehilangan sebelah kakinya..menakjubkan, lelaki berkenaan menjawab dengan tenang, " Allah masih meminjamkan saya kaki yang sebelah lagi"..

Membaca kisah ini membuatkan diri ini malu sendiri. Sudah lah meminjam, tapi tidak pendai bersyukur dengan kesempurnaan yang telah diberi..masih rasa ada yang kurang...astagfirullah...

Kekurangan yang ada bukan menunjukkan Kelemahan seseorang.
Tapi sebaliknya. Kelemahan akan menunjukkan kekurangan seseorang. Lemah untuk bersyukur dengan nikmat yang telah diberi..

Moga diri ini diberi kekuatan untuk melawan kelemahan itu...

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” Ar-RAhman..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...