Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Thursday, March 29, 2012

.:: PadaMu ku Berserah ::.

Bismillahirahmanirahim..

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214


 Saya selalu berdoa, agar hati diberi kesabaran yang sebenarnya.
Bila berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia, sebenarnya itulah cara Allah  S.W.T melatih hati kita agar sentiasa bersabar.
Semua yang kita minta, mahu dan perlu, semestinya tidak datang dengan percuma. Kerana ada "harga" yang harus kita bayar untuk benda yang bernilai itu.

Semakin besar masalah yang kita hadapi, semakin kuatlah hati kita untuk bersabar..itu yang pasti.

Kita sentiasa belajar. Itu yang saya tahu. dan pastinya, kita semua tahu, hidup yang kita jalani seharian ini adalah sebuah 'Universiti' untuk kita belajar. Di "Universiti Dunia" ini, subjek-subjek pelajarannya berada disekeliling kita saja. 
 Lulus atau Gagal keputusan yang kita terima, bergantung dengan cara kita menjalani ujian hidup di Universiti Dunia ini.

*Saat hati terasa 'sakit' atas sikap sesetengah MANUSIA kepada diri, saat itu saya yakinkan hati, itu tarbiah dari Allah S.W.T agar hati ini terdidik dengan kesabaran yang saya selalu minta itu.*

Alhamdulillah..moga hati ini terus terdidik dengan kesabaran yang sebenarnya..

 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286
Amin..

p/s: sentiasa berfikiran positif, kerana semua yang berlaku ada makna tersirat yang tersembunyi, cari dengan hati..^^


Wednesday, March 21, 2012

.:: Kerana alasan itu aku maafkan kamu ::.

Bismillahirahmanirahim...

(Cerita semalam)

+  "Moga langkah kaki mu sentiasa dalam jagaanNya"
     menghantar mesej kepada beberapa teman..~ ~ ~
    1 Minit kemudian..

Mesej pertama diterima:  
+ Hawa(bukan nama sebenar) : Terima kasih wardahbiru..^_^
  -Warahbiru : Sama-sama Hawa...=)

Mesej kedua diterima : 
 + Alya (bukan nama sebenar) : Amin...InsyaAllah...
 - Wardahbiru : (^_-)v

Mesej ketiga diterima :
+ Nani (bukan juga nama sebenar) : Terima kasih...maaf ini siapa ya?
 - Warahbiru : Eh, telefon rosak lagi? (hati mula terkilan..macam-macam dalam fikiran) 
+ Nani : ya telefon rosak, ini pinjam telefon kawan.. nombor tidak tersave..
 - Wardahbiru : owh xapa la..ini saya..z******h..ingat lagi?
 + Nani : Owh kamu, ingat..apa khabar?
  - Wardahbiru : Alhamdulillah...

Mesej keempat diterima :
 + Syura (bukan nama sebenar) : Syukran ukhti..moga ukhti pun sentiasa dalam jagaanNya...
 - Wardahbiru : Afwan ukhti..InsyaAllah...
  Sejam kemudian...
  +Syura : Assalammualaikum...maaf, ini siapa ya?
 - Wardahbiru : (Berduka-cita)..


* Saya berusaha berfikiran positif tentang situasi ini..tapi, kadang-kala saya tidak dapat menafikan perasaan kecewa/sedih..Tapi tidak mengapa, beribu-ribu alasan sudah saya ciptakan untuk mereka(teman-teman saya)..alasan agar saya tidak cepat berfikiran negatif tentang mereka..



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." 
Q.S Al-Hujuraat : 12 


Sabda Rasulullah S.A.W "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi 



Monday, March 19, 2012

.:: Bahagia::.

Jauh aku bermusafir..
Hanya untuk mencari yang namanya Bahagia itu..
Bila sudah letih mencari erti sebuah bahagia, aku berpatah kembali ke titik mula..
Bukan aku berputus asa, jauh sekali merasa kecewa..
Cuma perlu muhasabah kembali diri..
Kerna aku merasa semakin jauh dari apa yang selama ini aku cari..

Musafir diri bermula sekali lagi..
Kini dengan harapan yang menggunung tinggi,
Ingin mencari Bahagia yang Hakiki...
Benarlah..Bahagia itu tidak jauh dari diri..
Ianya terlalu dekat hingga tidak dapat dilihat, hanya dapat dirasai oleh Hati..

Yang Gelap tidak semestinya Hitam..
Yang Cerah tidak semestinya Putih..
Yang Besar tidak semestinya Dekat..
Yang Kecil tidak semestinya Jauh..

*Hanya Jauhari mengenal Manikam*


"dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Dan sungguh,kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, sehingga kamu menjadi puas" [Ad-Dhuha:4-5]


Wednesday, March 7, 2012

.:: Nikmat ujian ::.

Wajarnya..
Aku bersabar..
Allah menguji bukan untuk menghukum...
Tetapi sebagai tarbiyah yang menyedarkan aku dari lena yang mengasyikkan..
Terbuai diri dengan "indahnya" dunia..
Hampir aku tersasar..
Namun..
Mujur aku tersedar..
Alhamdulillah..,
Ujian yang aku terima membuat ku terjaga..
Ku celikkan mata hati..
Dunia ini cuma singgahan sementara..
Akhirat nanti singahsana selamanya...


"Maha Suci Allah yang menguasai (segala ) kerajaan, Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun". ~Surah Al-Mulk:1-2


Thursday, March 1, 2012

.:: 30 MINIT Sahaja ::.

Bismillahirahmanirahim..
Assalammualaikum..

Maaf...Maaf...dan Maaf..
Hanya ini yang mampu saya minta..
Hampir 2 minggu saya langsung tidak membuka blog ini,
Apatah lagi menziarah blog-blog sahabat..
Maaf..24 jam saya diberi percuma untuk sehari..
30 MINIT sahaja pun tidak dapat saya hadirkan diri di "sini"..
Walau hati memang berkehendak demikian..
Namun, masa terlalu pantas berlalu..
Sedarkan diri, hari ini telah masuk bulan ke 3 untuk tahun 2012..
Cepatnya masa KAU pergi..
Aku yang KAU tinggalkan, mana mungkin dapat ku ganti..
Allah S.W.T telah berfirman;
Demi masa.
Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran.
~AL- 'ASR~


Moga, kita semua, bukan dalam kalangan mereka yang rugi, yang "membelanjakan" setiap detik dalam sehari tanpa memberi dan menerima manfaat dalam kehidupan ini...InsyaAllah..



Sebenarnya..
Banyak yang mahu saya kongsi..
 Banyak yang ingin saya luah..
Namun..
Sedikit yang mampu saya beri..
Sedikit yang dapat saya kata..



Salah satu hari dimana saya terlalu LETIH dengan kerja, 
saya mendapat mesej dari seorang sahabat tercinta..

Sesungguhnya Rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik  (AL-A'raf:56 )
"Moga kita tidak memandang remeh kebaikan walau sebesar  zarah agar mendapat rahmatNya"
 

Detik itu, membuatkan hati saya terus bersemangat kembali..untuk bekerja dengan lebih Ikhlas keranaNya..insyaAllah..Moga diizinkan Allah agar hati ini disentuh rasa IKHLAS itu..
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...