Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Friday, November 9, 2012

...Suatu Hari itu akan Tiba..

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis sesuatu di blog ini...Agak lama blog ini sepi tanpa sebarang entry yang baru..Maklum saja, sejak dah berhenti kerja ni baru ada masa menulis sesuatu...



"Suatu Hari Itu Akan Tiba"....
Terlintas dalam fikiran bila sebentar tadi saya menemai kakak ke rumah kawan untuk majlis tahlil arwah anaknya...arwah baru menjejak usia 13 tahun..tapi Allah lebih menyayangi dia..
Walau saya tidak mengenali arwah, tapi melalui cerita saya yakin arwah seorang remaja yang baik..insyaAllah...moga roh arwah dalam rahmat ilahi...amin.

Seperti memahami.. 
Sehari sebelum arwah terlibat dalam kemalangan, arwah meminjam telefon bimbit ibunya untuk menelefon kawan-kawan rapat yang mengenali ibunya. Untuk tujuan apa, ibunya langsung tidak mengatahui sehinggalah arwah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk dikepala.

"Jaga ibu saya kalau saya tiada..."
Antara pesanan yang sempat arwah sampaikan kepada rakan-rakan yang rapat dengan arwah..Allahuakbar.. Sedih saat saya mendengar ibunya sendiri bercerita tentang perkara berkenaan.. Ibunya seorang yang tabah. Walau arwah lah satu-satunya anak yang Allah pinjamkan untuknya..

..Hanya Sementara...
Semua ini hanya pinjaman, bukan milik kita selamanya, bila- bila masa saja Allah akan ambil semula setiap yang kita pinjam secara percuma ini. Tarbiah secara langsung bila kita sentiasa ingat mati. Ia begitu hampir dengan diri. Sangat hampir, bila-bila dan di mana-mana sahaja.
......................................................................................................................

"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan". Ali Imran;109

Sunday, July 22, 2012

...Sedikit Soal Jawab Puasa..


Alhamdulillah, insyaAllah esok sudah masuk Ramadhan yang ke 3.

Teringat sewaktu Ramadhan yang pertama, seorang rakan sekerja yang bukan beragama Islam bertanya pada saya, "Siti, kamu tidak laparkah kalau berpuasa? Tidak makan satu hari, kalau saya memang lapar.."Saya tersenyum pada dia, lalu berkata, " Pagi tadi saya sudah makan( bersahur), memang lapar  dan dahaga itu akan terasa, tapi saya harus tahan...lagipun petang nanti baru saya boleh makan (berbuka)"

Puasa, selain menahan diri dari lapar dan dahaga, wajib menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti muntah dengan sengaja, suami/isteri yang bersetubuh disiang hari, murtad dan yang paling utama adalah menahan hawa nafsu.

Dia bertanya lagi.."Bagaimana pula kalau seseorang itu mempunyai gastrik, nanti dia bertambah sakit pula..?" Saya tersenyum seketika sambil berkata, "Kalau dia tidak mampu menahan sakitnya, harus berbuka, tapi wajib pula menggantikan semula puasa yang ditinggalkan.".. 

Tiba-tiba saya bertanya pada dia, ''Kamu tahukah, bagi wanita yang haid pada bulan puasa(Ramdahan) tidak boleh berpuasa.?". Dia terkejut lalu berkata "Tidak tahu, tapi kenapa pula?. Lantas saya menjawab pertanyaan dia. "Berpuasa perlu diri yang suci, ketika wanita haid, dia berada dalam keadaan yang tidak suci, bagi agama kami. Tapi wanita itu wajib mengganti semula puasa yang ditinggalkan."Saya nampak dia mengangguk tanda memahami. Harapan saya, dia faham apa yang ingin saya sampaikan. Bahasa yang saya gunakan mudah saja, agar dia lebih faham dengan jelas setiap persoalan yang diajukan.


Puasa wajib ditinggalkan bagi orang yang didatangi haid dan nifas berdasarkan dalil yang jelas seperti hadis Abu Sa'id Al-Khudri yang menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada wanita yang bertanya mengenai maksud kurangnya agama mereka, Sabda Nabi SAW, maksudnya : "Bukankah wanita itu bila haid dia tidak solat dan puasa?" Mereka menjawab, "Ya." Rasulullah SAW bersabda, "Maka itulah dari kekurangan agamanya." (Riwayat Imam Al-Bukhari)
..........................................................................................
Moga, Ramadhan kali ini, memberi sejuta Makna kepada diri saya serta keluarga dan seluruh umat Islam khasnya.

Saya tinggalkan anda dengan serangkap lagu nasyid..

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih Makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..."

Monday, July 2, 2012

.: Catatan: Mati :.


Aku yang akan mati,
Sama ada saat ini nyawa diambil kembali, 
atau esok hari.
Yang pasti, aku akan pergi.

Jauh di sudut hati, 
Rasa sedih menyelubungi diri, 
Apakah amalan sudah cukup menampung perjalanan, 
sebelum sampai ke suatu destinasi?

Belum ku puas menabur bakti, 
Belum ku habis membalas budi, 
Yang pasti, bila- bila aku akan pergi.
Meninggalkan kamu di sini.

Namun, 
Pasti akan ada bakti yang tidak terlunas, 
Pasti akan ada budi yang tidak berbalas.
Maafkanlah kekurangan diri, 
Hanya setakat itu diri berbakti, membalas budi.


Aku yang akan mati,
Cuma ingin berkongsi,
Dengan kamu yang masih tinggal ini.
Kematian itu terlalu hampir, hingga mata kabur tentangnya.
......................................

Bila-bila.
Di mana-mana.


Monday, June 18, 2012

.:Biar Berhenti berharap, TAPI jangan putus Harapan:.

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
~Az-Zumar:53~

Rasulullah S.A.W bersabda:"Seorang pendosa yang sangat mengharap rahmat Allah lebih dekat di sisi Allah dari pada ahli ibadah yang putus asa akan rahmat Allah"
...............................
                                            
 
 
 
 picture from here
 
 
 
 
 
 Suara hati: "Aku bukanlah seorang gadis yang sentiasa TABAH, tapi aku berusaha untuk menjadi muslimah yang CEKAL HATI"
                  

           

Tuesday, June 12, 2012

..Sakit itu Nikmat sebenarnya..^^

Kadangkala kita perlu rasai waktu sakit,
Agar kita lebih menghargai waktu sihat.
.......................................................
Moga sakit yang ku rasa menjadi penghapus dosa
yang semakin berkarat di hati..
Amin..

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.” (Hadis riwayat Abu Dawud)


















ALHAMDULILLAH..
TERIMA KASIH ALLAH ^^

Wednesday, May 30, 2012

.: Abadikan Sesuatu Sebelum Ajal tiba :.


Apakah ini yang terakhir...
                                                                  Andai di sini akhirku..
Apakah ini dapat menjadi amal ku..
Moga saja, kerana ini yang ku harap selalu..
!__!'

Monday, May 21, 2012

.. Ikut kata hati ..

Bismillahirahmanirahim..
Assalammualaikum...
Selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga dan para sahabat Baginda.
Alhamdulillah, tidak rugi rasanya setelah habis waktu bekerja pada hari sabtu yang lalu, hanya mengikut kata hati, saya naik bas yang kurang penumpang, menuju ke bandar.
Saat itu saya teringat seorang sahabat yang bekerja di bandar.
Dengan segera saya mendail nombor sahabat berkenaan.
Alhamdulillah dia ada masa untuk kami bertemu petang itu.
Dan tambah teruja walaupun saya segan, petang itu juga sahabat saya akan bertemu dengan Naqibah serta sahabat usrah sewaktu dia belajar dahulu.

Petang sabtu yang membahagiakan...
Pertama kali bertemu, saya dapat merasai kemesraan yang ada dalam diri mereka..
Duduk semeja, walau ini pertemuaan pertama saya dengan mereka, saya rasa tidak terabai, tidak rasa kekok atau segan seperti perasaan sebelum bertemu..
Dapat saya rasakan ukhuwah yang wujud dalam diri setiap mereka..
Cinta mengalir dari setiap bicara..Indahnya...

Pertemuaan yang singkat itu, membuatkan saya rindu pada mereka..
Kerana masa yang perlu sentiasa dikejar, mereka menitipkan salam perpisahan..
Hati rasa terharu, kerana mereka menerima saya yang baru..
Terima kasih kak Siti, Kak Kam, Farah, Fatin, Dila dan sahabat saya, Mila..
Moga cinta kepada DIA  terus mengalir dalam diri, seperti sungai yang tidak putus-putus mengalirkan air..
Moga ukhuwah antara kita terus mekar dalam diri, seperti mekarnya bunga di pagi hari..
Indahnya suasana petang sabtu, akan saya ingat selalu..insyaAllah..





Thursday, May 17, 2012

..Menghilang?..

Assalammualaikum...

Apa khabar rakan-rakan blogger? Apa khabar Tetamu-tetamu blog? Diharap semua berada dalam keadaan sihat, sentiasa dalam rahmat kasihNya...amin..

Setelah sekian lama...

Menyepi tanpa sebarang post ..

Hari ini baru saya berpeluang mengupdate blog..

Sibuk mengalahkan menteri? tiada ulasan dari saya..^^(maaf)

Yang pasti, sejak kebelakangan ini, banyak konflik yang harus saya hadapi..hanya Allah yang tahu..

Mungkin itu menjadi sebab utama mengapa saya tidak mengupdate blog ini..

Sememangnya sifat manusia, bila bersama rakan-rakan, sehabis baik tersenyum menyembunyikan duka, ketawa gembira menutup sakit derita..

Tapi bila sendiri..bila sendirian tanpa sesiapa yang hadir disisi, itulah namanya, hanya insan yang lemah..terlalu lemah disisi Tuhan Yang Satu..

Solusi terbaik..bentangkan sejadah..mengadu pada Dia..menangislah sepuas-puasnya dihadapan Allah..
Pasti, hati akan tenang kembali..

Usaha itu perlu,
Doa itu mesti selalu,
Tawakal pada Dia Yang Satu,
Yakin pada dirimu.. WAHAI DIRIKU!



"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." (Ayat Ali Imran: 139)

Wednesday, April 25, 2012

..Nota Buat Diri..

Nota 1:  Seperti Ombak bertemu Pantai, ada pasang surutnya..
              Seperti Langit yang tidak selalunya cerah..pasti akan hadir Mendungnya..
              Seperti Hati ini juga..ada naik turunnya..
              Tapi yang pasti..Semua ini ada Hikmahnya..

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah, ayat 156:
“...(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


Nota 2:  Memang lumrah manusia..
             Hari semalam seronok bergembira..
            Esok lusa menangis berduka-cita..
            Memang itulah kebiasannya sifat manusia..
            Bila gembira, lupa bersyukur pada Yang Esa..
           Tetapi bila dalam berduka, baru ingat Status diri itu siapa padaNya..
           Jangan pernah lupa...kita cuma hambaNya..
           Jangan pernah lupa..Allah bersifat Qiamuhu binafsih (Berdiri-Nya dengan sendiri)..
           Yang tidak pernah memerlukan hamba-hambaNya...
           Sebaliknya, kitalah, yakni hamba-hambaNya yang amat memerlukanNya sebagai tempat kita  bergantung harap..


Firman Allah didalam surah Toha, ayat 123: 
"Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa."
           





p/s: nota hati yang pastinya untuk diri sendiri serta kamu..^^

Friday, April 20, 2012

.:: Cuma "Hanya"::.

Hanya sementara, Hati ini rasa kecewa..
Hanya sementara, Hati ini rasa terluka..
Hanya sementara, Hati ini rasa sedih..
Hanya sementara, kerana Hati ini pasti kembali seperti sedia kala.

Cuma, hanya sementara inilah..
Jangan lupa pada apa yang pernah dirasa..
Kerana ianya cuma seketika, 
Jadi hargailah Hadiah Istimewa daripada DIA


Nota Hati: hampir-hampir lagi...air mata jatuh  mengalir ke pipi..
cuba ku tahan, sekuat hati ku katakan..Ujian...Sabar..Redha..Ikhlaskan ..
Terima kata-kata ''mereka" sebagai batu loncatan untuk maju ke  depan..
>>dan air mata pun kering sendiri<<






Monday, April 16, 2012

.:: Mesej dari mereka ::.

Mereka adalah sahabat-sahabat saya..
Yang belum sampai setahun saya kenali mereka..
Tapi ukhuwah antara kami begitu indah..
Erat terjalin seperti sudah lama bersama..
Dalam saya berduka kecewa, 
Mereka hadir tanpa saya pinta..

Mereka adalah sahabat-sahabat saya..
Banyak mesej pesanan ringkas saya terima dari mereka..
Saat hati merasa perlukan sokongan..
Tuhan hantarkan mereka kepada saya..
Alhamdulillah..
Kata seorang sahabat, ini adalah Rezeki dari Allah.
Bersyukurlah..^^

"Kekadang hati merintih derita, 
Jiwa menangis sedih, 
Akal mengeluh letih.
Namun hakikat hidup tidak akan berubah,
yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya.
Hati memilih jalan, 
Akal memulakan langkah  
dan Iman  meluruskan arah.
Doa agar terus tabah mengharungi cabaran meniti kejayaan.
Moga kasih Allah terus bersamamu.."

>sms dari A.A<

Allah (Subhanahu wa Ta'ala) says:
"If  u never felt Pain or Experience Problems,
How would you know I am a Helper?
If u never made Mistakes, 
How would u know I am Forgiver?
If u were never Hurt,
How would u know I am The Comforter?
If your life was Perfect,
Then why would u Nee ME?"
(Hadis Qudsi)

>sms dari D.S<

"Ya Allah,
Andai saudaraku resah,
Tenangkanlah hatinya dengan teduhan MakrifahMU.
Andai dirinya terancam,  lindungilah  jasadnya dengan kesabaranMu.
Andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah dahan kehangatan kasih sayangMu.
Andai dirinya merindui, rindukanlah jiwanya dengan saat bertemuMu.
Ya Allah, 
jangan Engkau biarkan hati, jasad dan jiwanya terpesona dengan duniawi.
Khusyuk jiwanya dalam rukuk dan sujud menghadapMu.
Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat.
Amin.."

>sms dari S<

p/s:Banyak lagi mesej dari mereka...tapi hanya ini yang saya mampu kongsikan..^^
     Moga Allah Redha..amin

Thursday, March 29, 2012

.:: PadaMu ku Berserah ::.

Bismillahirahmanirahim..

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214


 Saya selalu berdoa, agar hati diberi kesabaran yang sebenarnya.
Bila berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia, sebenarnya itulah cara Allah  S.W.T melatih hati kita agar sentiasa bersabar.
Semua yang kita minta, mahu dan perlu, semestinya tidak datang dengan percuma. Kerana ada "harga" yang harus kita bayar untuk benda yang bernilai itu.

Semakin besar masalah yang kita hadapi, semakin kuatlah hati kita untuk bersabar..itu yang pasti.

Kita sentiasa belajar. Itu yang saya tahu. dan pastinya, kita semua tahu, hidup yang kita jalani seharian ini adalah sebuah 'Universiti' untuk kita belajar. Di "Universiti Dunia" ini, subjek-subjek pelajarannya berada disekeliling kita saja. 
 Lulus atau Gagal keputusan yang kita terima, bergantung dengan cara kita menjalani ujian hidup di Universiti Dunia ini.

*Saat hati terasa 'sakit' atas sikap sesetengah MANUSIA kepada diri, saat itu saya yakinkan hati, itu tarbiah dari Allah S.W.T agar hati ini terdidik dengan kesabaran yang saya selalu minta itu.*

Alhamdulillah..moga hati ini terus terdidik dengan kesabaran yang sebenarnya..

 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286
Amin..

p/s: sentiasa berfikiran positif, kerana semua yang berlaku ada makna tersirat yang tersembunyi, cari dengan hati..^^


Wednesday, March 21, 2012

.:: Kerana alasan itu aku maafkan kamu ::.

Bismillahirahmanirahim...

(Cerita semalam)

+  "Moga langkah kaki mu sentiasa dalam jagaanNya"
     menghantar mesej kepada beberapa teman..~ ~ ~
    1 Minit kemudian..

Mesej pertama diterima:  
+ Hawa(bukan nama sebenar) : Terima kasih wardahbiru..^_^
  -Warahbiru : Sama-sama Hawa...=)

Mesej kedua diterima : 
 + Alya (bukan nama sebenar) : Amin...InsyaAllah...
 - Wardahbiru : (^_-)v

Mesej ketiga diterima :
+ Nani (bukan juga nama sebenar) : Terima kasih...maaf ini siapa ya?
 - Warahbiru : Eh, telefon rosak lagi? (hati mula terkilan..macam-macam dalam fikiran) 
+ Nani : ya telefon rosak, ini pinjam telefon kawan.. nombor tidak tersave..
 - Wardahbiru : owh xapa la..ini saya..z******h..ingat lagi?
 + Nani : Owh kamu, ingat..apa khabar?
  - Wardahbiru : Alhamdulillah...

Mesej keempat diterima :
 + Syura (bukan nama sebenar) : Syukran ukhti..moga ukhti pun sentiasa dalam jagaanNya...
 - Wardahbiru : Afwan ukhti..InsyaAllah...
  Sejam kemudian...
  +Syura : Assalammualaikum...maaf, ini siapa ya?
 - Wardahbiru : (Berduka-cita)..


* Saya berusaha berfikiran positif tentang situasi ini..tapi, kadang-kala saya tidak dapat menafikan perasaan kecewa/sedih..Tapi tidak mengapa, beribu-ribu alasan sudah saya ciptakan untuk mereka(teman-teman saya)..alasan agar saya tidak cepat berfikiran negatif tentang mereka..



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." 
Q.S Al-Hujuraat : 12 


Sabda Rasulullah S.A.W "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi 



Monday, March 19, 2012

.:: Bahagia::.

Jauh aku bermusafir..
Hanya untuk mencari yang namanya Bahagia itu..
Bila sudah letih mencari erti sebuah bahagia, aku berpatah kembali ke titik mula..
Bukan aku berputus asa, jauh sekali merasa kecewa..
Cuma perlu muhasabah kembali diri..
Kerna aku merasa semakin jauh dari apa yang selama ini aku cari..

Musafir diri bermula sekali lagi..
Kini dengan harapan yang menggunung tinggi,
Ingin mencari Bahagia yang Hakiki...
Benarlah..Bahagia itu tidak jauh dari diri..
Ianya terlalu dekat hingga tidak dapat dilihat, hanya dapat dirasai oleh Hati..

Yang Gelap tidak semestinya Hitam..
Yang Cerah tidak semestinya Putih..
Yang Besar tidak semestinya Dekat..
Yang Kecil tidak semestinya Jauh..

*Hanya Jauhari mengenal Manikam*


"dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Dan sungguh,kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNya kepadamu, sehingga kamu menjadi puas" [Ad-Dhuha:4-5]


Wednesday, March 7, 2012

.:: Nikmat ujian ::.

Wajarnya..
Aku bersabar..
Allah menguji bukan untuk menghukum...
Tetapi sebagai tarbiyah yang menyedarkan aku dari lena yang mengasyikkan..
Terbuai diri dengan "indahnya" dunia..
Hampir aku tersasar..
Namun..
Mujur aku tersedar..
Alhamdulillah..,
Ujian yang aku terima membuat ku terjaga..
Ku celikkan mata hati..
Dunia ini cuma singgahan sementara..
Akhirat nanti singahsana selamanya...


"Maha Suci Allah yang menguasai (segala ) kerajaan, Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun". ~Surah Al-Mulk:1-2


Thursday, March 1, 2012

.:: 30 MINIT Sahaja ::.

Bismillahirahmanirahim..
Assalammualaikum..

Maaf...Maaf...dan Maaf..
Hanya ini yang mampu saya minta..
Hampir 2 minggu saya langsung tidak membuka blog ini,
Apatah lagi menziarah blog-blog sahabat..
Maaf..24 jam saya diberi percuma untuk sehari..
30 MINIT sahaja pun tidak dapat saya hadirkan diri di "sini"..
Walau hati memang berkehendak demikian..
Namun, masa terlalu pantas berlalu..
Sedarkan diri, hari ini telah masuk bulan ke 3 untuk tahun 2012..
Cepatnya masa KAU pergi..
Aku yang KAU tinggalkan, mana mungkin dapat ku ganti..
Allah S.W.T telah berfirman;
Demi masa.
Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran.
~AL- 'ASR~


Moga, kita semua, bukan dalam kalangan mereka yang rugi, yang "membelanjakan" setiap detik dalam sehari tanpa memberi dan menerima manfaat dalam kehidupan ini...InsyaAllah..



Sebenarnya..
Banyak yang mahu saya kongsi..
 Banyak yang ingin saya luah..
Namun..
Sedikit yang mampu saya beri..
Sedikit yang dapat saya kata..



Salah satu hari dimana saya terlalu LETIH dengan kerja, 
saya mendapat mesej dari seorang sahabat tercinta..

Sesungguhnya Rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik  (AL-A'raf:56 )
"Moga kita tidak memandang remeh kebaikan walau sebesar  zarah agar mendapat rahmatNya"
 

Detik itu, membuatkan hati saya terus bersemangat kembali..untuk bekerja dengan lebih Ikhlas keranaNya..insyaAllah..Moga diizinkan Allah agar hati ini disentuh rasa IKHLAS itu..
 

Wednesday, February 15, 2012

.:: dia yang pergi ::.

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini 22 Rabiul Awal, genap 2 tahun pemergian orang yang saya sayangi..
Seperti baru semalam, mendengar kata-kata nasihat darinya..
Seperti baru semalam, mendengar suara kasihnya..
Sperti baru semalam, terasa dia mencium dahi ini di pagi raya 3 tahun yang lalu..ciuman kasih terakhir dari seorang ABAH..
Segalanya masih hangat dirasa..
Pemergiannya pada dingin subuh 2 tahun yang lalu, masih jelas dalam ingatan.
Ternyata, kasih-sayangnya untuk kami, cukup sampai disaat itu..
Kerana itu memang kehendak Allah.
Kerana itu ketentuan Ilahi.
Takdir diri ini, akan kehilangan seorang ABAH disaat umur belum mencapai usia 20an..
Saya Redha..

Dia yang pergi,
Tidak ada yang dapat mengganti.
Dia yang pergi,
Yang kami sayangi,
Dia yang pergi,
Kami masih disini,
Dia yang pergi,
Doa kami iringi..
Al-Fatihah untuk arwah Abah kami..
Moga kita dapat bertemu dalam JannahNya nanti..

::Saat Kematian itu pasti tiba suatu ketika nanti, kerana ia sudah tertulis sejak azali::


 Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. ( Al Anbiya` : 35 ) 


 "Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik".
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)




Sunday, February 12, 2012

.:: Nota hati untukmu ::.

Bismillahirahmanirahim

Ya Allah, 
Tika ini hatiku merasakan perasaan itu..
Rasa yang sepatutnya tiada tempat dalam hati ini..sepatutnya..

Aku mencintai dia kerana Mu Ya Allah..
Kerana aku yakin, tiada manfaat bersifat duniawi andai aku mencintai dia..

Tapi hati kecil ini telah dikaburi..
Kadang-kala aku merasakan dia seperti melupakan aku..Seperti rinduku padanya tidak berbalas lagi..
Seperti cintanya telah pudar untuk aku..

Ah..Ceteknya akal ku berfikir sedemikian..
Mungkin, 
Aku tidak dilupakan..
Mungkin,
Aku masih dirindui..
Mungkin,
Dia cuma tiada masa terluang seperti dulu-dulu...
Barangkali,
Rindunya, Cintanya, melebihi cintaku pada dia..
Siapa tahu?
Hanya Allah...dan dia.


Ya Ilahi,
Andai itu ketentuan dariMu,
Seharusnya aku menerima dengan Redha..
Kerana aku yakin ada hikmahnya..
Ini ujian dariMu, untuk menguji sekuat dan sedalam mana cinta ini untuk dia..


picture from here and edited by me..^^


p/s: Sahabat, aku harap engkau mengerti, akan bahasa hatiku ini..kerapkali aku melakukan kesalahan,
dan kesalahan ini berulang-ulang aku lakukan...maafkan aku sahabat..maaf kerana masih tidak mampu menjadi sahabat sejati untuk dirimu...















 


Wednesday, February 8, 2012

.:: Senyap ::.

Tiada Bicara
Hanya Sunyi.
Tiada Kata
Hanya Sepi.


Saturday, February 4, 2012

.:: Untuk Kali Yang Ke-2 ::.

  - Kecewa?
 +Tidak juga.. 
- Pasrah?
+ Pun Tidak..
 REDHA..insyaAllah...^^
Moga hati ini ihklas menerima TAKDIR DARI ALLAH...

Jelajah *Laman Muka Buku*, ternampak status ini...
 "Satu benda yang saya belajar di dalam hidup ini,
kita bergerak sahaja ke hadapan dalam keadaan usaha menjaga apa yang Allah suruh jaga,
apa yang kita dapat, apa yang kita lalui, itu urusan Allah SWT.
Dia sedang menjadikan kita ini kita.
Sangka baik kepadaNya, adalah dasar keimanan yang merupakan ubat buat jiwa."

^^ ~HILAL ASYRAF~

Alhamdulillah..Bersangka baik kepadaNya, ubat untuk bahagia...kan..(^_^)(^_^)
 Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas” hadith riwayat Muslim.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”  (QS. Al-Baqarah, (2):186) 
Gambar dari sini
 

Wednesday, February 1, 2012

.:: Langkah ku kini tercipta ::.

Hampir..
Hampir aku berputus asa..
Takala memulakan langkah yang pertama..
Terhenti seketika, menoleh kebelakang..
Berfikir sesaat..
Seperti ingin berpatah kembali ke asal..
Langkah kian perlahan..
Hati ini gusar,
Andai pilihan ini bukan pilihan..

.............................................
Namun, kaki ini tetap melangkah..
Kerana laluan jalanan ini terasa indah..
Disini kah bahagia?
Hati terasa..
Maka..
Aku andaikan sahaja,
Begitu la kehendakNya..
Moga dihujung sana..bahagia hadir juga..
InsyaAllah..

Suka lagu ini...Langkah Tercipta-UNIC
..........................
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan,

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


p/s: Saya baru 2 hari memulakan kerja..Layakkah saya cepat berputus asa?Mohon doa kalian, agar hati       saya dikuatkan untuk terus melangkah..^^ Syukran.

Thursday, January 26, 2012

.:: Wanita Itu::.

Suatu ketika dulu,
Wanita itu pernah dipuja oleh ramai jejaka,
Wanita itu diminati oleh ramai pemuda,
Wanita itu selalu menjadi siulan kebanyakan remaja..

Dengan jelingan manja,
Dengan lenggok tubuh yang menggoda,
Dengan wajah yang cantik jelita,
Wanita itu mendapat perhatian semua mata yang menatapnya..
Tapi itu dulu..


Takala HidayahNya hadir menyapa hati dia,
Wanita itu malu dengan dirinya yang dulu,
Kerana menjadi santapan mata-mata lelaki yang bukan selayaknya.
Auratnya didedah, tanpa memikirkan tentang dosa atau pahala.
Tapi itu  kisah yang dulu..

Wanita itu, kini lengkap menutup auratnya,
Tiada lagi jelingan manja, pabila berjalan, wajah ditundukkan, matanya terjaga..
Tiada lagi lenggok tubuh yang menggoda, kaki melangkah dengan langkah yang sederhana..
Tiada lagi wajah yang cantik jelita cuma, malah bertambah sopan dengan jilbab menutupi mahkota, Semuanya terpelihara...

Wanita itu, tidak lagi diminati oleh ramai pemuda,
Wanita itu, tidak lagi menjadi siulan para remaja,
Wanita itu, tidak lagi menjadi pujaan kebanyakan jejaka,
Tapi wanita itu, dihormati oleh mereka.

Wanita itu, wanita solehah..
Bidadari syurga cemburu padanya..
Kerana menjadi dambaan Lelaki yang soleh,
Di Dunia dan Akhirat Sana..

Credit to him




Wednesday, January 25, 2012

.:: Di situ mungkin tempat ku ::.

Berusaha, mencari sinar Ilahi yang menerangi kegelapan diri..!_!
Picture by him


Alhamdulilah...

Syukur rasanya..

Si WardahBiru ini bakal melangkah ke alam pekerjaan..^^

Tapi dalam hati sebenarnya...jauh di lubuk hati, jauh di dasar hati...

Hati ini masih ingin BELAJAR...~_~"

Belajar..menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi..

Tapi..ini Jalan yang DIRI sendiri sudah pilih...

Kerja dahulu, PJJ pun boleh...^ ^
 
Lagipun..dalam bekerja, insyaAllah pasti banyak yang boleh dipelajari..
Walaupun bukan lagi berstatus pelajar mahasiswi di IPT..

Tapi diri ini tetap pelajar yang belajar di Institut Pengajian Duniawi (IPD)...

Mampukah diri?

Moga diberi kekuatan..

Dalam menempuh perjalanan yang masih berbaki ini..

Baki-baki yang tidak diketahui bila saatnya akan terhenti.
 
Doakan..
Titik!
 
 


Thursday, January 19, 2012

.:: Hanya Alasan ::.

"Andai ada peluang.."
"Andai ada ruang...."
"Andai ada jalan...."  
Semuanya Hanya alasan...

"Sentiasa ada peluang.."
"Sentiasa ada ruang..."
"Sentiasa ada jalan..."
 Semua itu Terpulang..

*Manusia tidak pernah merancang kegagalan...
tapi selalunya gagal untuk merancang..
*Manusia selalu mencipta seribu alasan..

hanya untuk satu kemalasan..


picture by him












.:: Bicara yang Bisu ::.

picture by him
Tiada kata yang dapat mentafsir makna di sebalik yang tersembunyi..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...