Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Wednesday, February 1, 2012

.:: Langkah ku kini tercipta ::.

Hampir..
Hampir aku berputus asa..
Takala memulakan langkah yang pertama..
Terhenti seketika, menoleh kebelakang..
Berfikir sesaat..
Seperti ingin berpatah kembali ke asal..
Langkah kian perlahan..
Hati ini gusar,
Andai pilihan ini bukan pilihan..

.............................................
Namun, kaki ini tetap melangkah..
Kerana laluan jalanan ini terasa indah..
Disini kah bahagia?
Hati terasa..
Maka..
Aku andaikan sahaja,
Begitu la kehendakNya..
Moga dihujung sana..bahagia hadir juga..
InsyaAllah..

Suka lagu ini...Langkah Tercipta-UNIC
..........................
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan,

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


p/s: Saya baru 2 hari memulakan kerja..Layakkah saya cepat berputus asa?Mohon doa kalian, agar hati       saya dikuatkan untuk terus melangkah..^^ Syukran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...