Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Monday, December 12, 2011

.:: Jangan Begitu ::.



Kata orang..
"Yang Gelap tidak selalunya Hitam.."
"Yang Cerah tidak selalunya Putih..."

Jangan disangka mendung akan hujan...
Jangan menduga cerah hingga ke petang..

Jangan membuat kesimpulan dengan sekali pandang..
Jangan sempitkan fikiran dengan prasangka yang bukan-bukan...

Jangan fikir Begini..

Orang banyak beribadah disangka riak,
Orang bersedekah disangka menunjuk,
Orang berbaju lama disangka zuhud,
Orang tersenyum disangka mengejek,
Orang bermasam disangka merajuk,
Orang berdiam disangka menyendiri,

Harus faham begini..

Orang banyak beribadah itu kerana ingin menambah pahala..
Orang bersedekah itu kerana ingin membantu golongan yang susah...
Orang berbaju lama itu kerana tidak ingin membazir...
Orang tersenyum itu kerana ingin bersedekah...
Orang bermasam itu mungkin kerana mengenangkan dosa-dosanya...
Orang berdiam kerana berzikir kepada Allah...

Moga segala yang kita fikir, rasa dan yang sama waktu dengannya, adalah perkara yang baik-baik sahaja..



Seketika...hayati bersama Kalam Allah menerusi surah Al-Hujurat ayat 12:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”


2 comments:

- cS - said...

memang betol..
manusia tak lari daripada sentiasa bersangka buruk..
dan kadang2, mereka tak sedar pun..
syukran atas tazkirah ini..
sangat2 refreshing :)

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

ya...kadang2 diri ini pun selalu lalai juga...
tapi kalau dah tersedar, cepat2 lah beristighfar..itu cara yang terbaik...
cuma sedikit perkongsian dari saya..afwan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...