Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Thursday, January 10, 2013

"Makcik Siti, kenapa....?"

Hari itu, semasa dalam perjalanan pulang dari bandar, saya duduk di sebelah anak saudara yang baru berusia   12 tahun, Ainin namanya. Duduk di hadapan kerusi kami ialah dua orang gadis manis. Saya dan Ainin rancak bercerita tentang zaman sewaktu saya sekolah menengah dahulu. Macam-macam cerita yang saya kongsikan. Tiba-tiba Ainin menyoal saya bab aurat...

"Makcik Siti, kenapa orang di depan ni tidak pakai tudung?". Saya terdiam seketika.
  Berharap gadis di hadapan kami tidak mendengar pertanyaan Ainin. Menjaga hati orang bukan   
   senang, lagi-lagi orang yang kita tidak kenal.

 "Mungkin diorang tidak tau pasal aurat". Jawab saya sambil berbisik. Pendek. Padat. Mungkin saya kira itu sudah cukup.

" Ndak kan la diorang tiada belajar masa sekolah dulu..?". .Tanya Ainin. 

"Tahu, tapi tidak mahu amal.". Bisik saya ringkas. Senyum. 

Ainin cuma mengganguk, tanda faham mungkin. Mungkin juga berfikir. Ainin, yang masih dalam proses pembelajaran. Tutup aurat padanya, cuma sekadar pakai tudung. Cukup. Belum masuk bab wajib pakai sarung lengan dan stokin. Baju longgar tidak boleh ketat. Tapi InsyaAllah, Ayahnya bisa saja mendidik dia.^_^ Dia seorang yang mudah memahami. Banyak bertanya itu ini. 

Dua gadis di hadapan itu, boleh saja berubah jika berusaha. Macam seseorang yang baru saya kenali. Orangnya manis bila tersenyum. Bila bercerita, baru saya tahu dia baru sahaja berhijrah. Alhamdulillah. Dulu dia seorang yang freehair. Bulan Ramadhan tahun lepas, Allah SWT bukakan pintu hatinya untuk dia berubah. Kuasa Allah SWT. Hidayah hanya milik-Nya. Siapa kita untuk menghukum. Selalu saya ingatkan diri sendiri. Setiap orang ada masa silamnya. Siapa dia yang dulu, jangan dihina, jangan dikeji, sebab kita tidak pasti apa yang akan terjadi dihadapan kita nanti. Boleh saja, kalau Allah S.W.T mahu, dua gadis yang duduk di hadapan kerusi kami berubah, bertudung lengkap menutup aurat. Kun Fayakun.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...