Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Monday, December 19, 2011

.:: Bersyukurlah ::.


by http://apisv2.deviantart.com/

Bismillahirahmannirahim...
Alhamdulillah...syukur kerana saya dapat type entry hari ini...^^,( Setelah beberapa hari menyepi)
Alhamdulillah...syukur kerana ilham datang lagi...(Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T, dan yang kurang baik dari kelemahan saya sendiri)
Alhamdulillah...syukur kerana saat ini saya masih lagi bernyawa...Alhamdulillah..

Banyaknya Nikmat-Nikmat Allah S.W.T, tidak terhingga, yang tidak dapat kita sebagai hambaNya menghitung..Subhanallah...

Namun kadang-kala...hati manusia sukar untuk dijangka..mesti ada rasa kekurangan pada setiap yang telah diberi...(SECARA PERCUMA!)...

Semua nikmat itu tanpa disedari, manusia kurang mensyukuri..
Saat terjaga subuh hari, hingga mata tertutup pada malam hari, segala yang dilalui pada hari itu adalah nikmat kurniaan daripada DIA..

Sejujurnya, kadang-kala, hati ini juga pernah merasa kekurangan..contohnya soal berat badan yang tidak seimbang bila di bahagikan dengan ketinggian.."Your BMI is Underweight"..hehehe..(kategori kurus yang cukup makan dan minum!..)



Tapi bila difikir-fikirkan semula, orang yang mempunyai berat badan yang berlebih-lebihan berusaha menurunkan berat badan mereka sehingga kurang dari berat badan yang saya perolehi saat ini..ditambah pula, ramai lagi mereka-meraka diluar sana yang kekurangan berat badan, dalam erti kata lain, lebih kurus disebabkan kekurangan makanan dan sebagainya..

Saat itu saya kata dalam hati.."Cukup!Ini yang terbaik untuk diri ku"..
Ya, seharusnya saya bersyukur dengan apa yang saya miliki saat ini...jangan sehingga nikmat yang ada ini saya kurang syukuri, ia diambil kembali dari hidup saya...alangkah rugi saat itu..
Berfikir dan merenung sejenak tentang kalamNya dalam surah Ibrahim ayat ke-7...

FirmanNya,
maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada
kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu
amatlah keras".

“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, hasan)

p/s: + kadangkala kita tidak dapat apa yang kita mahu, tapi DIA akan beri apa yang kita perlu..
++ Bersyukur sebelum terlambat...hargai apa yang diberi...
+++Ingatlah, semua ini adalah nikmat yang diberi secara percuma, tidak mampu kita
sebagai hambaNya "membeli" semua nikmat ini selain hanya mampu kita zahirkan
dengan rasa syukur dengan apa yang telah kita perolehi..

Setitis air juga adalah nikmat yang tidak terhingga kurniaan Ilahi...

1 comment:

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Ar-Rahman :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...