Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Tuesday, January 10, 2012

.:: Siapakah Kita ::.

 Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbilah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong..

Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.-( Al-Baqarah:21)

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.-( Al-Baqarah:206)


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.-(Surah Al-Baqarah:7)
Orang-orang yang telah Kami beri kitab, maka mereka membacanya sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Dan barang siapa ingkar kepadanya, mereka itulah orang-orang yang rugi. -(Surah Al-Baqarah:121)


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmataan dunia yang sementara ini.

Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. -(Surah Al-Baqarah:243)


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa berusaha untuk menambah harta kekayaan di dunia.

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)



 Siapakah kita?
Tepuk dada,
Tanya Iman.
...................................................................................................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...