Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Wednesday, February 15, 2012

.:: dia yang pergi ::.

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini 22 Rabiul Awal, genap 2 tahun pemergian orang yang saya sayangi..
Seperti baru semalam, mendengar kata-kata nasihat darinya..
Seperti baru semalam, mendengar suara kasihnya..
Sperti baru semalam, terasa dia mencium dahi ini di pagi raya 3 tahun yang lalu..ciuman kasih terakhir dari seorang ABAH..
Segalanya masih hangat dirasa..
Pemergiannya pada dingin subuh 2 tahun yang lalu, masih jelas dalam ingatan.
Ternyata, kasih-sayangnya untuk kami, cukup sampai disaat itu..
Kerana itu memang kehendak Allah.
Kerana itu ketentuan Ilahi.
Takdir diri ini, akan kehilangan seorang ABAH disaat umur belum mencapai usia 20an..
Saya Redha..

Dia yang pergi,
Tidak ada yang dapat mengganti.
Dia yang pergi,
Yang kami sayangi,
Dia yang pergi,
Kami masih disini,
Dia yang pergi,
Doa kami iringi..
Al-Fatihah untuk arwah Abah kami..
Moga kita dapat bertemu dalam JannahNya nanti..

::Saat Kematian itu pasti tiba suatu ketika nanti, kerana ia sudah tertulis sejak azali::


 Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. ( Al Anbiya` : 35 ) 


 "Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik".
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)




1 comment:

Hatipecah said...

Semoga abah kamu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh hendaknya. kita sbgai anak, sntiasa lah mendoakan kebahagiaan orang tua tak kira dimana jua kita berada.

ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...