Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Wednesday, March 21, 2012

.:: Kerana alasan itu aku maafkan kamu ::.

Bismillahirahmanirahim...

(Cerita semalam)

+  "Moga langkah kaki mu sentiasa dalam jagaanNya"
     menghantar mesej kepada beberapa teman..~ ~ ~
    1 Minit kemudian..

Mesej pertama diterima:  
+ Hawa(bukan nama sebenar) : Terima kasih wardahbiru..^_^
  -Warahbiru : Sama-sama Hawa...=)

Mesej kedua diterima : 
 + Alya (bukan nama sebenar) : Amin...InsyaAllah...
 - Wardahbiru : (^_-)v

Mesej ketiga diterima :
+ Nani (bukan juga nama sebenar) : Terima kasih...maaf ini siapa ya?
 - Warahbiru : Eh, telefon rosak lagi? (hati mula terkilan..macam-macam dalam fikiran) 
+ Nani : ya telefon rosak, ini pinjam telefon kawan.. nombor tidak tersave..
 - Wardahbiru : owh xapa la..ini saya..z******h..ingat lagi?
 + Nani : Owh kamu, ingat..apa khabar?
  - Wardahbiru : Alhamdulillah...

Mesej keempat diterima :
 + Syura (bukan nama sebenar) : Syukran ukhti..moga ukhti pun sentiasa dalam jagaanNya...
 - Wardahbiru : Afwan ukhti..InsyaAllah...
  Sejam kemudian...
  +Syura : Assalammualaikum...maaf, ini siapa ya?
 - Wardahbiru : (Berduka-cita)..


* Saya berusaha berfikiran positif tentang situasi ini..tapi, kadang-kala saya tidak dapat menafikan perasaan kecewa/sedih..Tapi tidak mengapa, beribu-ribu alasan sudah saya ciptakan untuk mereka(teman-teman saya)..alasan agar saya tidak cepat berfikiran negatif tentang mereka..



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." 
Q.S Al-Hujuraat : 12 


Sabda Rasulullah S.A.W "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi 



6 comments:

umairah safiyyah said...

La tahzan.

Allah akan sentiasa dgn org yg sabar.
huhu (walaupun sy jg pernah mengalaminya) T___T

kalau mereka tak, saya ya..i'A (=

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

insyaALLAH...

Ya, janji Allah itu benar kan..
ini cuma ujian yg kecil(walau bagi saya sudah besar)..

apa pun syukran ukhti..

*jadi seorang sahabat yang baik, sebelum minta seorang sahabat yang baik*..

Yildirim Fateh said...

entry yang terkena batang hidung sendiri..

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

maaf..kalau entry ini ada yang terasa...^^...tapi tidak mengapa kan...kita semua hanya insan biasa, banyak kurang, banyak yang lemah..tapi bukan tugas kita untuk menghukum..

anaeeim said...

YA UKHTI!
Jangan lah bersedih kerana mereka masih lagi ingin mengenali empunya diri yang mnyebarkan kata-kata dakwah kepada mereka. Jgn lah bersedih jika dirimu tidak dikenali.

~Jangan rasa sedih jika tidak dihargai, tapi bersedih lah jika kamu orang yang tidak berharga(berguna).~

Gembiralah kerana tidak semua orang menghantar text mesej dakwah kpd teman2 seperti yang ukhti buat. Moga anda terus istiqomah wahai wardah biru, InsyaAllah :)

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

@saudara anaeeim, terima kasih atas nasihat saudara.. saya ingat satu kata-kata, "Jangan sedih andai dirimu tidak dihargai, tapi sedihlah andai diri sudah tidak berharga".

InsyaAllah...doakan saya terus istiqamah, moga saudara pun melakukan yang sama juga...

Moga Allah Redha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...