Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Thursday, March 29, 2012

.:: PadaMu ku Berserah ::.

Bismillahirahmanirahim..

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214


 Saya selalu berdoa, agar hati diberi kesabaran yang sebenarnya.
Bila berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia, sebenarnya itulah cara Allah  S.W.T melatih hati kita agar sentiasa bersabar.
Semua yang kita minta, mahu dan perlu, semestinya tidak datang dengan percuma. Kerana ada "harga" yang harus kita bayar untuk benda yang bernilai itu.

Semakin besar masalah yang kita hadapi, semakin kuatlah hati kita untuk bersabar..itu yang pasti.

Kita sentiasa belajar. Itu yang saya tahu. dan pastinya, kita semua tahu, hidup yang kita jalani seharian ini adalah sebuah 'Universiti' untuk kita belajar. Di "Universiti Dunia" ini, subjek-subjek pelajarannya berada disekeliling kita saja. 
 Lulus atau Gagal keputusan yang kita terima, bergantung dengan cara kita menjalani ujian hidup di Universiti Dunia ini.

*Saat hati terasa 'sakit' atas sikap sesetengah MANUSIA kepada diri, saat itu saya yakinkan hati, itu tarbiah dari Allah S.W.T agar hati ini terdidik dengan kesabaran yang saya selalu minta itu.*

Alhamdulillah..moga hati ini terus terdidik dengan kesabaran yang sebenarnya..

 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286
Amin..

p/s: sentiasa berfikiran positif, kerana semua yang berlaku ada makna tersirat yang tersembunyi, cari dengan hati..^^


4 comments:

umairah safiyyah said...

Allah

tulisan ukhtie sgt berbekas di hati.
mudaha2an kita boleh hadapi semua mehnah yang di beri :)

uhibukki fillah ukhtie <3

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

Terima kasih..
Segala yang baik datangnya dari Allah..
dan yang buruk dari kelemahan sy sendiri...

Ya, insyaAllah, moga hati-hati kita terus dikuatkan..

Uhibukki fillah abadan abada..^^

Tinta Lana said...

Salam.. tima kasih saudari..berkongsi komen dientry lana bebaru ini..

Sebut soal kesabaran, Alhamdulillah, masih mampu dilalui..cuma ada satu ujian ni..masih terasa kesukaran untuk berdepan dengannya..

Mudah2an ana diberi kekuatan untuk melalui dan melepasinya. Biar memakan masa, ana tahu ana boleh laluinya satu masa nanti.. InsyaALLAH.

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

wslm k.lana...

Sabar itu indah..
InsyaAllah, Ujian itu pasti k.lana mampu lalui, kerana itulah Allah pilih k.lana..hadapi ujian ini..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...