Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Sunday, September 4, 2011

::Suatu Kepastian Yang Pasti::



Assalammualaikum....


Suara hati ku berbicara untuk sekian kalinya.

Bicara hatiku yang tidak mampu terluahkan.

Hanya dapat ku luahkan melalui bait ayat-ayat ini.

Bicara tentang suatu yang pasti berlaku...pada diri ku...hatta pada kamu.

Ini bicara tentang kehilangan.

Kehilangan orang yang aku sayangi.

Seorang yang tiada pengganti...

Masih segar dalam ingatan.

Panggilan telefon pagi itu telah merubah hidupku.

Betapa hatiku saat itu tidak dapat menerima berita yang disampaikan padaku.

Bagaikan satu mimpi.

Saat itu aku seperti ingin tidur semula.

Kerana aku berharap, apabila aku tersedar nanti, kata-kata itu cuma dalam mimpi.

Namun itu adalah realiti.

Insan yang aku sayangi sudah pergi dijemput Ilahi.

Saat aku berjauhan dengan keluarga.

Saat aku keseorangan jauh di perantauan.

Saat aku masih lemah untuk menerima suatu kehilangan yang pasti.

Waktu itu, hanya air mata simbol perasaan.

Betapa degil hatiku ketika itu untuk menerima sebuah takdir dalam hidupku.

Ujian itu aku rasa begitu berat terbeban dibahu ku.

Kini...sudah lebih setahun arwah abah yang disayangi pergi meninggalkan kami.

Alhamdulillah aku semakin kuat untuk menerima.

Ini takdir dari DIA...

Bererti, hatiku sudah layak menerima ujian sebegitu.

Bukan hatiku bangga...

Jauh sekali untuk berasa riak dengan ujian yang diberi..

Cuma hatiku bersyukur, kerana DIA sedang memberi perhatian khusus buat kami...

Alhamdulillah...aku semakin mengerti...

Kerana DIA tidak akan menguji hambaNYA dengan ujian yang tidak mampu terpikul...

DIA Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..

Segala yang terjadi sudah dirancang sejak azali..

Saat dan ketika untuk aku, dan kami memiliki seorang abah sudah tamat ketika itu...

Itu yang harus aku akui...

Abah hanya pinjaman sementara dari DIA..

Yang pasti..tiada pengganti dapat menduduki takhta Abah dihati kami...

Semestinya, harapan abah akan kami tunaikan dengan izin dari Ilahi...

Al-Fatihah buat arwah abah yang tercinta...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...