Buat sekian kalinya...permohonan ku
tidak berjaya...memang kecewa terasa...seperti kata seorang teman.."Bila hati dan cuaca berkongsi rasa"...cuaca
di langit aku lihat agak mendung...ibarat hati ku ketika ini...memang seperti
berkongsi rasa...lantas ku katakan pada teman itu..."Moga cuaca itu cerah sentiasa"...apa yang aku
harapkan ialah, hatinya secerah cuaca itu lah...dan aku mengharapkan yang sama
dengan diriku sendiri...lebih tepat lagi hati ku saat ini...Kerana aku yakin
dan percaya, Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik untuk diriku
kelak...Aku akan dapat apa yang aku perlu...bukan apa yang aku mahu...Pesan
seorang teman, "Allah tahu apa yang terbaik buat
hamba-hambaNya.." ..
Ya..memang ini yang terbaik untuk
diriku..Bumi Allah ini terlalu luas untuk seorang yang bernama aku...itu yang
perlu aku akui...harus aku tanamkan dalam hati, ini ialah satu lagi ujian yang
diberi...pasti ada hikmah yang tersembunyi...lantas untuk apa aku menangisi
dalam hati satu kegagalan yang harus dilalui??Biarpun Sekali Lagi!!...kerana
itulah lumrah hidup...Bangunlah wahai diri...Bangkitlah wahai hati....Rezeki
itu ketentuan dariNya...
No comments:
Post a Comment