Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Wednesday, September 21, 2011

.::Kemaafan itu..::.




“Maafkan saya. Saya dah banyak buat silap pada awak”
“Sorry for everything that I have done to you”
Mudah untuk meluahkan kata maaf kepada orang yang telah kita kecewakan, tapi ikhlaskah hati itu? Bersungguh-sungguhkah memohon kemaafan daripada dia..
Alangkah bahagianya orang itu, jika dia begitu cepat menyesali kesalahan diri sendiri.. lantas meminta kemaafan dengan rendah hati…
Bagaimana dengan hatiku sendiri? Kadang kala aku kurang pasti..ikhlaskah hati ini meminta kemaafkan…melafazkan kalimah itu..atau ianya hanya manis dibibir, pahit dihati…kerana kadang kala, aku merasakan seperti tidak ikhlas meluahkan kata-kata itu…astagfirullah al’azim..
Memaafkan orang pula lain ceritanya..
Aku mudah memaafkan orang lain…tapi ikhlaskah kemaafkan itu??
Walau sudah memaafkan..namun kesalahan orang itu akan ku ingat..
Pernah aku suarakan pada teman-teman, “Memaafkan tapi tidak lupa kesalahan orang lain terhadap kita, adakah itu dendam”?..
Tidak..aku bukan berdendam..Cuma susah untuk aku lupakan…agak kotornya hati ini..
Formula seorang ustaz yang pernah memberi ceramah di kolej ku agak susah untuk aku praktikkan..
“Ingat 2 perkara, lupa 2 perkara”
Ingat kesalahan kita kepada orang lain,
Lupakan kesalahan orang lain kepada kita.
Ingat kebaikan orang lain kepada kita,
Lupakan kebaikan kita kepada orang lain.

Hati ini keras kah….?
Walau berkali-kali sudah ku cuba…hasilnya tetap sama…namun tidak semuanya yang gagal…
Liat sangat hati ini agaknya…
Namun, usaha ku bukan sehingga itu sahaja…
Aku akan terus berusaha untuk melupakan kesalahan orang lain kepada ku…
Itu sudah pasti…
Walau hujungnya belum ku ketahui…
Moga hatiku diberikan secubit rasa untuk mudah memaafkan…InsyaAllah~~

Kemaafan itu perlu..
Diminta dan diberi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...