Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Saturday, August 6, 2011

.:: Warkah buatmu Sahabatku ::.


Assalammualaikum sahabatku…
Apa khabar dirimu saat engkau membaca surat ini?
Aku mengharap yang terbaik untuk mu…
Kerana aku tidak pernah jemu meminta keselamatan dan kebahagian untuk dirimu usai solatku…
Moga doa-doaku untuk dirimu di makbulkan Tuhan kita Yang Satu..

Sahabatku…
Tahukah engkau, aku bahagia saat iniBahagia kerana aku memiliki sahabat seperti dirimu…Bertuah kerana kau hadir dalam hidupku ketika ini…
Masihkah engkau ingat permulaan perkenalan kita dulu?
Awal perkenalan kita yang singkat itu..
Hingga kini masih segar ku ingat…
Sudah takdir Ilahi…
Kita menjadi sahabat…
Dan aku mengharap ukhuwah kita ini terbina seperti untaian tasbih…
Ada awalnya..

Namun tidak pernah berakhir…

Sahabatku…
Seandainya aku pernah melukakan hati kecilmu..
Tolong maafkan aku..
Mungkin ada ucapan ku yang pernah mengores hatimu..
Mungkin ada perlakuan ku tidak menyenangkanmu…
Maafkan aku…sahabatku..
Mungkin banyak khilaf ku pada dirimu yang aku tidak tahu…
Tapi aku mengharap engkau mengerti sahabat..
Aku cuma hamba yang lemah..
Banyak kurangnya..
Namun mengertilah…
Aku takut kehilangan sahabat sepertimu..
Sahabat yang DIA berikan saat aku memerlukan..

Sahabatku…
Seandainya kau lihat diriku lalai di atas jalan mujahadah ini..
Tolong tegur kesilapanku…
Sedarkan aku bahawa Dia sentiasa ada Memerhati setiap perlakuanku..
Adakalanya langkahku sering tersasar…
Kerana iman ku masih rapuh…
Bekalan ku belum cukup untuk menghadapi jalan mujahadah ini..yang penuh liku..
Hadirnya dirimu, ku harap dapat membantu diriku..

Sahabatku…
Terima kasih ku ucapkan…
Kerana engkau sudi menjadi sahabat untuk diriku yang banyak kekurangan ini…
Hanya Dia yang mampu membalas segala budi mu yang masih ingin menjadi sahabatku…
Doaku..untukmu sahabat
Moga engkau sentiasa istiqamah menuju Cinta kita yang Utama..
Moga engkau sentiasa menjadi gadis solehah yang penuh iman di dada..
Moga ukhuwah kita ini akan berkekalan hingga ke Jannah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...