Pages

Pimpinlah daku ke arah Kebenaran Ya Ilahi

Thursday, January 26, 2012

.:: Wanita Itu::.

Suatu ketika dulu,
Wanita itu pernah dipuja oleh ramai jejaka,
Wanita itu diminati oleh ramai pemuda,
Wanita itu selalu menjadi siulan kebanyakan remaja..

Dengan jelingan manja,
Dengan lenggok tubuh yang menggoda,
Dengan wajah yang cantik jelita,
Wanita itu mendapat perhatian semua mata yang menatapnya..
Tapi itu dulu..


Takala HidayahNya hadir menyapa hati dia,
Wanita itu malu dengan dirinya yang dulu,
Kerana menjadi santapan mata-mata lelaki yang bukan selayaknya.
Auratnya didedah, tanpa memikirkan tentang dosa atau pahala.
Tapi itu  kisah yang dulu..

Wanita itu, kini lengkap menutup auratnya,
Tiada lagi jelingan manja, pabila berjalan, wajah ditundukkan, matanya terjaga..
Tiada lagi lenggok tubuh yang menggoda, kaki melangkah dengan langkah yang sederhana..
Tiada lagi wajah yang cantik jelita cuma, malah bertambah sopan dengan jilbab menutupi mahkota, Semuanya terpelihara...

Wanita itu, tidak lagi diminati oleh ramai pemuda,
Wanita itu, tidak lagi menjadi siulan para remaja,
Wanita itu, tidak lagi menjadi pujaan kebanyakan jejaka,
Tapi wanita itu, dihormati oleh mereka.

Wanita itu, wanita solehah..
Bidadari syurga cemburu padanya..
Kerana menjadi dambaan Lelaki yang soleh,
Di Dunia dan Akhirat Sana..

Credit to him




8 comments:

hisyam said...

hebatnya wanita itu,sehingga bidadari syurga turut cemburu pdnya..alangkah indah andai setiap wanita menyedari hakikat ini

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

Wanita itu wanita solehah..
Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...

doakan...

Domu-kon said...

terima kasih yer... :)

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

Domu-Kon..

Sama-sama..^^

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :


bertuah siapa yang dapat memperisterikan wanita solehah itu...

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

@Pisau Belati:

Jadi soleh, insyaAllah dapat yang Solehah...^^

The Norah said...

Subhanallah

Khalis. said...

Subhanallah,.indahnya wanita solehah itu,. ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...